PEMAIN Liverpool (jersi merah) bertelagah dengan pemain PSG. FOTO/AFP
PEMAIN Liverpool (jersi merah) bertelagah dengan pemain PSG. FOTO/AFP
AFP

LONDON: Pengendali Liverpool Jurgen Klopp berkata pasukannya kelihatan seperti “tukang sembelih” berdasarkan reaksi pemain-pemain Paris Saint-Germain ketika kemenangan 2-1 juara Perancis itu dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

“Sedikit rintangan yang perlu kami harungi ialah 500,000 gangguan di babak kedua dan pengadil masih merasakan dia melakukannya dengan betul,” kata pengendali dari Jerman itu.

“Kami salah satu pasukan paling bersih di England tetapi malam ini kami kelihatan seperti tukang sembelih.”

Juan Bernat dan Neymar meletakkan PSG di depan pada babak pertama, tetapi penalti James Milner memastikan permainan kekal seimbang sehingga wisel penamat.

Liverpool perlu menang ke atas pendahulu Kumpulan C, Napoli dengan jurang dua gol atau 1-0 di Anfield pada perlawanan terakhir dua minggu lagi untuk layak ke pusingan kalah mati.

“Permulaan seperti yang kami harapkan, ia sangat liar dan sengit dan mereka mengambil risiko.

“Kami perlu menerima keputusan ini walaupun pahit dan kini kami terpaksa menggunakan Anfield sekali lagi,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 November 2018 @ 9:13 AM