JAMES Milner meraikan bersama rakan sepasukan selepas menyempurnakan sepakan penaltik ketika perlawanan antara Liverpool dan PSG. FOTO AFP
JAMES Milner meraikan bersama rakan sepasukan selepas menyempurnakan sepakan penaltik ketika perlawanan antara Liverpool dan PSG. FOTO AFP
Agensi

JURULATIH Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel menyifatkan kekalahan di penghujung perlawanan dengan Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara, hari ini sebagai ‘tidak logik atau pun tepat.’

Pembukaan kempen peringkat Kumpulan C buat PSG itu berakhir dengan kekalahan, apabila juara Perancis itu tewas 2-3 di tangan finalis musim lalu, Liverpool dalam pertarungan di Anfield.

Anak buah Tuchel berjaya mengatasi defisit 2-0 - berterima kasih kepada jaringan Thomas Meunier dan  Kylian Mbappe yang menyamakan kedudukan pada tujuh minit baki perlawanan di Merseyside.

PSG bagaimanapun tersungkur kecewa apabila Roberto Firmino meledak jaringan pada masa kecederaan babak kedua.

“Mungkin keputusan tidak menceritakan keadaan sebenar perlawanan,” katanya. Pada penghujungnya, kami mempunyai peluang dengan Julian Draxler mungkin menjaringkan gol sebelum Liverpool melakukannya.

“Kami meletak sepenuh prestasi di babak pertama. Bagi saya, keputusan adalah tidak logik atau pun tepat.

“Kami melepaskan dua gol pada babak pertama, tetapi tidak ada ruang untuk kami tewas daripada sudut keyakinan.

“Kami bermain dengan penuh keberanian dan kekuatan mental. Mungkin pada babak kedua, kami mudah memberikan bola tetapi ini adalah Anfield, Jurgen Klopp sudah berusaha dengan pasukannya selama tiga tahun, Liverpool memberi tekanan kepada kamu dan ia menyukarkan.

“Namun kami tidak pernah hilang kedudukan, terus berusaha untuk menyamakan kedudukan tetapi pada penghujungnya, ia sangat sukar.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 September 2018 @ 5:00 PM