RICHARD GASQUET
RICHARD GASQUET
Agensi

LONDON: Pemain Perancis, Richard Gasquet menarik diri daripada menyertai final Piala Davis menentang Croatia bulan ini akibat masalah kecederaan.

Gasquet, pemain nombor satu Perancis mengumumkan penarikan dirinya dalam Twitter tetapi tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kecederaannya.

Bagaimanapun, menurut akhbar L'Equipe, Gasquet yang kini menduduki ranking ke-26 dunia mengalami kecederaan celah kelangkang.

Pemain berusia 32 tahun berkata, dia amat kecewa tidak dapat beraksi untuk Perancis yang mahu menjuarai kejohanan berpasukan itu buat kali kedua berturut-turut.

Perlawanan akhir berlangsung di Stadium Pierre Mauroy di Lille pada 23-25 November ini.

Bagaimanapun, ketiadaan Gasquet tidak menjejaskan kekuatan Perancis kerana kaptennya, Yannick Noah boleh bergantung harapan kepada Lucas Pouille, Jeremy Chardy dan Jo-Wilfried Tsonga dalam acara perseorangan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 November 2018 @ 1:42 PM