NADAL (kiri) buru kejuaraan ketiga Terbuka AS manakala Karolina mahu tebus kekecewaan tahun lalu. -Foto Agensi
NADAL (kiri) buru kejuaraan ketiga Terbuka AS manakala Karolina mahu tebus kekecewaan tahun lalu. -Foto Agensi
AFP

NEW YORK: Pemain Sepanyol, Rafael Nadal, yang kembali memegang status sebagai pemain nombor satu dunia Isnin lalu dan pemain nombor satu wanita semasa Karolina Pliskova menjadi pilihan utama bagi kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat.

Nadal, yang memenangi kejuaraan Terbuka Perancis kali ke-10 Jun lalu, akan memburu kejuaraan ketiga Terbuka AS selepas kejayaan pada 2010 dan 2013 apabila Grand Slam terakhir musim ini bermula Isnin depan di Flushing Meadows.

Dia menjadi pilihan utama di depan pemain Britain, Andy Murray dengan juara Wimbledon, Roger Federer pilihan ketiga.

Federer dari Switzerland memburu kejuaraan Grand Slam ke-20 dan keenam di New York.

Namun kedua-dua Murray - yang menang Terbuka AS pada 2012 - dan Federer bergelut dengan kecederaan akhir-akhir ini dengan pemain Britain itu berehat sejak Wimbledon kerana kecederaan pinggul dan Federer menarik diri daripada Masters Cincinnati kerana kecederaan belakang.

Kecederaan juga menyaksikan beberapa pemain bintang termasuk juara bertahan Stanislas Wawrinka dan pemenang dua kali Novak Djokovic menarik diri.

Pemain Jerman, Alexander Zverer, 20, bertuah kerana sekalipun menduduki ranking keenam dunia dia diletak sebagai pilihan keempat.

Bekas juara Marin Cilic, Dominic Thiem, Grigor Dimitrov dan Jo-Wilfried Tsonga melengkapkan senarai lapan teratas. John Isner pemain terbaik AS sebagai pilihan ke-10.

Karolina dari Republik Czech, naib juara tahun lalu di tangan pemain Jerman, Angelique Kerber, mengetuai senarai pilihan pemain wanita di depan pemain nombor dua dunia Simona Halep.

Pemain Sepanyol, Garbine Muguruza, yang memenangi Grand Slam kedua karier di Wimbledon dan merangkul kejuaraan pertama WTA di bumi AS di Cincinnati, menjadi pilihan ketiga.

SENARAI PEMAIN PILIHAN

Lelaki:

1 Rafael Nadal (ESP), 2 Andy Murray (GBR), 3 Roger Federer (SUI), 4 Alexander Zverev (GER), 5 Marin Cilic (CRO), 6 Dominic Thiem (AUT), 7 Grigor Dimitrov (BUL), 8 Jo-Wilfried Tsonga (FRA), 9 David Goffin (BEL), 10 John Isner (USA), 11 Roberto Bautista Agut (ESP), 12 Pablo Carreno Busta (ESP), 13 Jack Sock (USA), 14 Nick Kyrgios (AUS), 15 Tomas Berdych (CZE), 16 Lucas Pouille (FRA).

Wanita:

1 Karolina Pliskova (CZE), 2 Simona Halep (ROM), 3 Garbine Muguruza (ESP), 4 Elina Svitolina (UKR), 5 Caroline Wozniacki (DEN), 6 Angelique Kerber (GER), 7 Johanna Konta (GBR), 8 Svetlana Kuznetsova (RUS), 9 Venus Williams (USA), 10 Agnieszka Radwanska (POL), 11 Dominika Cibulkova (SVK), 12 Jelena Ostapenko (LAT), 13 Petra Kvitova (CZE), 14 Kristina Mladenovic (FRA), 15 Madison Keys (USA), 16 Anastasija Sevastova (LAT).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Ogos 2017 @ 11:28 AM