AFP

PARIS: Bintang tenis Perancis, Lucas Pouille mendaki ke tangga 20 terbaik dunia ATP, susulan kejayaannya di Vienna, manakala Rafael Nadal (gambar) menyasarkan untuk menamatkan kempen tahun ini sebagai pemain nombor satu dunia.

Peningkatan yang ditampilkan oleh Pouille adalah yang tertinggi dalam senarai kedudukan terkini ranking ATP yang dikeluarkan, hari ini.

Pouille mendaki tujuh anak tangga ke kedudukan 18 dunia, susulan kemenangan 6-1, 6-4 ke atas rakan senegaranya, Jo-Wilfried Tsonga di final Terbuka Vienna di Austria, semalam.

Bintang tenis Sepanyol, Nadal mengekalkan kedudukannya di tangga teratas, diikuti Roger Federer dan Andy Murray.

Federer yang memenangi gelaran kelapannya di Swiss Indoors di Basel, semalam mengumumkan tidak akan menyertai Paris Masters, minggu ini sebagai persiapan mengharungi aksi penutup musim Jelajah ATP Final Dunia di London.

Ketiadaan legenda Switzerland itu di Paris bermakna Nadal boleh mengesahkan kedudukannya sebagai pemain nombor satu dunia hanya dengan menang di pusingan kedua.

Nadal dijadual membuka kempennya di Paris di Arena Bercy menentang sama ada pemain Jerman, Mischa Zverev atau pemain Korea Selatan Hyeon Chung.

Senarai kedudukan terkini ranking ATP yang dikeluarkan, hari ini.

1. Rafael Nadal (ESP) 10465 mata

2. Roger Federer (SUI) 9005

3. Andy Murray (GBR) 4790

4. Alexander Zverev (GER) 4400 (+1)

5. Marin Cilic (CRO) 4185 (-1)

6. Dominic Thiem (AUT) 3935

7. Novak Djokovic (SRB) 3765

8. Grigor Dimitrov (BUL) 3650

9. Stan Wawrinka (SUI) 3360

10. David Goffin (BEL) 2975

11. Pablo Carreño (ESP) 2650

12. Milos Raonic (CAN) 2555

13. Sam Querrey (USA) 2525 (+1)

14. John Isner (USA) 2505 (-1)

15. Jo-Wilfried Tsonga (FRA) 2490

16. Kevin Anderson (RSA) 2470 (+1)

17. Juan Martín Del Potro (ARG) 2435 (+2)

18. Lucas Pouille (FRA) 2235 (+7)

19. Tomas Berdych (CZE) 2230 (-1)

20. Kei Nishikori (JPN) 2175 (-4)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Oktober 2017 @ 8:13 PM