PENJAGA gol City, Ederson (kiri) bertengkar dengan pemain Everton. FOTO/AFP
PENJAGA gol City, Ederson (kiri) bertengkar dengan pemain Everton. FOTO/AFP
Reuters

MANCHESTER, England: Gabriel Jesus meledak dua gol bagi membantu Manchester City menewaskan Everton 3-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan City yang tewas kali pertama musim ini di tangan Chelsea, minggu lalu kembali mendahului tangga teratas liga dengan kelebihan dua mata ke atas pencabar utama, Liverpool.

Bagaimanapun, Liverpool mampu kembali merampas kedudukan itu sekiranya menang ke atas Manchester United, malam esok.

Penyerang Brazil, Jesus membuka tirai jaringan buat City pada minit ke-22 menerusi percubaannya selepas mendapat lorongan Leroy Sane.

Sane sekali lagi mencipta peluang buat Jesus meledak gol kedua, lima minit babak kedua bersambung apabila dia menanduk masuk hantaran lintang pemain sayap Jerman itu.

Everton cuba bangkit dan berjaya mendapat satu gol menerusi jaringan Dominic Calvert-Lewin pada minit ke-65 tetapi pemain gantian, Raheem Sterling tenang menanduk masuk hantaran Fernandinho bagi melengkapkan kemenangan juara bertahan itu empat minit kemudian.

City sudah memenangi 10 perlawanan di laman sendiri dengan menjaringkan 36 gol.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Disember 2018 @ 10:49 PM