GRIEZMANN meraikan jaringan pertamanya ketika menumpasakan  Club Brugge dalam saingan Liga Juara-Juara. -Foto AFP
GRIEZMANN meraikan jaringan pertamanya ketika menumpasakan Club Brugge dalam saingan Liga Juara-Juara. -Foto AFP
AFP

MADRID: Diego Simeone memuji Antoine Griezmann sebagai pemain terbaik di dunia selepas pemain Perancis itu meledak dua gol ketika Altetico Madrid menang 3-1 ke atas Club Brugge, dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Griezmann meledak gol pembukaan pada minit ke-28 dan minit ke-67 sebelum membantu jaringan ketiga Altetico yang disempurnakan Koke pada terakhir perlawanan.

Keputusan itu bagi membolehkan Altetico meraikan kemenangan di stadium yang dipilih sebagai pentas final Liga Juara-Juara, tahun depan.

Jaringan Arnaut Groeneveld dari jarak jauh membantu Brugge untuk menyamakan kedudukan sebelum rehat babak pertama (minit ke-39), namun Atleti dan Griezmann terlalu bagus dalam perlawanan itu.

“Saya pernah menyatakannya musim lalu dan saya akan katakan semula - Griezmann adalah pemain terbaik di dunia,” kata Simeone.

“Dia menjuarai Liga Europa, Piala Dunia, Piala Super dan menamatkan liga di tangga kedua bersama Barcelona dan Real Madrid.”

Lionell Messi yang menjadi pemusnah Tottenham di Wembley, mungkin mahu menyatakan sesuatu mengenai perkara itu tetapi apa yang jelas, Griezmann adalah aset penting kepada Atletico.

Dia kini sudah meledak 17 daripada 19 gol dalam Liga Juara-Juara di laman sendiri, melakukan 12 gol dan lima bantuan gol.

Rekod prestasi itu bakal menjadi daya tambahan bagi bintang Perancis itu untuk memenangi anugerah Ballon d’Or.

“Bukan saya yang mengundi, tetapi saya mempunyai musim yang baik,” kata Griezmann.

“Saya sangat gembira dan berbangga dengan musim ini, masih ada beberapa bulan yang perlu dilalui dan kita akan lihat nanti.”

Perlawanan ini juga adalah yang pertama buat Atletico di Wanda Metropolitano musim ini, 241 hari sebelum mereka berharap untuk kembali semula ke situ bagi aksi final Liga Juara-Juara, yang dijadualkan pada 1 Jun 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Oktober 2018 @ 8:14 AM