GRIEZMANN dan Suarez (kanan) gagal menyinar setakat ini.
GRIEZMANN dan Suarez (kanan) gagal menyinar setakat ini.
Agensi

Madrid: Ketua jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone mempertahankan dua bintang penyerangnya, Luis Suarez dan Antoine Griezmann yang masih gagal menyerlah pada permulaan musim baharu La Liga.

Juara Sepanyol itu hanya seri 0-0 dengan Athletic Bilbao pada Sabtu lalu selepas meraih keputusan sama ketika menentang FC Porto dalam saingan Liga Juara-Juara.

Suarez hanya sekali meledak gol dalam enam perlawanan musim ini manakala Griezmann masih kemarau jaringan dalam tiga aksi sejak berpindah pada hari terakhir perpindahan dari Barcelona.

"Saya yakin sepenuhnya pemain saya. Luis pemain terakhir menyertai pasukan bersama [Angel] Correa, [Kieran] Trippier dan [Ramon] Lodi," kata Simeone.

"Mereka pemain terakhir menyertai kami pada pramusim. Kemudian ketika rehat antarabangsa, apabila dia kembali cergas dia terpaksa berhenti susulan masalah fizikal.

"Ia sesuatu yang normal untuknya kembali pulih, dia pemain penting kepada kami.''

Mengenai Griezmann, Simeone menambah: "Saya percaya sepenuhnya dengan Antoine. Dia pemain sangat penting kepada pasukan dan saya telah pun menggesa dia perbaiki kelemahan.''

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 September 2021 @ 10:07 AM