RACHEL ARNOLD
RACHEL ARNOLD
Ferzalfie Fauzi

KUALA LUMPUR: Nasib berbeza buat dua pemain skuasy negara di Kejohanan Antarabangsa HKFC di Hong Kong apabila Rachel Arnold berjaya mara ke separuh akhir esok, manakala Nafiizwan Adnan pula terkandas di suku akhir hari ini di Pusat Skuash Hong Kong.

Rachel yang bertemu pilihan kelapan dari Perancis, Coline Aunard mendapat kemenangan percuma ketika kedudukan 7-11, 11-8, 8-11, 6-6 selepas pemain lawan mengalami kecederaan.

“Saya rasa pemain lawan kurang bernasib baik, bukan dengan cara ini saya mahu menang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ujar Rachel, walaupun lawannya mengalami kecederaan tetapi permainannya juga sangat baik dan tidak sabar untuk aksi separuh akhir esok.

Menanti pemain berusia 22 tahun itu di separuh akhir esok ialah pilihan ketiga dari Mesir, Hania El Hammamy yang menumpaskan rakan senegara, Zeina Mickawy 11-2, 11-6, 11-7.

Sementara itu, hasrat Nafiizwan untuk mara ke separuh akhir tidak kesampaian apabila dia tumpas kepada pilihan keenam dari Mesir, Youssef Soliman.

Nafiizwan yang pernah muncul juara di kejohanan ini pada 2016 terpaksa akur dengan kehebatan Youssef 18-12, 8-11, 12-10, 11-8.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 September 2018 @ 11:11 PM