AKSI skuad negara ketika berdepan dengan Singapura.
AKSI skuad negara ketika berdepan dengan Singapura.
Farah Azharie


KUALA LUMPUR: Malaysia kekal berada dalam landasan tepat untuk mempertahankan trofi Kejohanan Bola Jaring Asia serta menyambar salah satu daripada dua tiket ke kempen kelayakan Asia untuk Piala Dunia 2019 di Liverpool.

Selepas tewas kepada tuan rumah, Singapura pada perlawanan terakhir pusingan kedua (55-56), Malaysia berpeluang untuk menebus kekalahan itu apabila sekali lagi bertemu lawan sama pada separuh akhir di Arena OCBC, Singapura petang esok.

Semalam, skuad yang diketuai Nur Syafazliyana Mohd Ali itu tewas tipis kepada Singapura.

Malaysia yang diletakkan dalam Kumpulan E, menamatkan pusingan kedua di kedudukan kedua selepas tewas dua perlawanan kepada Singapura dan Sri Lanka serta mencatat satu kemenangan ke atas Hong Kong (53-43).

Satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan Sri Lanka yang juga juara empat kali bertemu Hong Kong.

Kejohanan Bola Jaring Asia adalah laluan untuk ke Piala Dunia 2019 dengan pengumuman semua pasukan yang layak beraksi untuk kempen kelayakan akan diumumkan selepas berakhir kejohanan itu.

Undian rasmi Piala Dunia berlangsung pada 15 September depan di Nottingham.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 September 2018 @ 1:25 PM