Pemain Malauysia bersama trofi kejuaraan selepas menewaskan Singapura. FOTO FB Persatuan Bola Jaring Malaysia
Pemain Malauysia bersama trofi kejuaraan selepas menewaskan Singapura. FOTO FB Persatuan Bola Jaring Malaysia
Aida Adilah Mat


SKUAD bola jaring remaja negara berjaya melunaskan dendam apabila menewaskan musuh tradisi Singapura untuk bergelar juara remaja Asia.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kashima, Jepun, hari ini Malaysia menang 57-48 mengatasi Singapura sekali gus menebus kehampaan dua tahun lalu ketika di Jeonju, Korea.

Pemain negara menunjukkan permainan mantap apabila menguasai perlawanan biarpun Singapura memberi tentangan sengit seawal suku pertama.

Saling berkejar mata demi mata namun permainan bertenaga dengan beberapa pemain yang berpengalaman beraksi di peringkat senior berjaya membantu skuad negara melakarkan kemenangan.

Malaysia tidak berdepan masalah untuk muncul juara Kumpulan B mengatasi Hong Kong, India, Taiwan, Brunei dan Jepun.

Pada perlawanan pertama peringkat kumpulan bertemu Hong Kong Malaysia melakarkan kemenangan 62-35.

Menang ke atas Brunei 84-25 diikuti kemenangan bertemu Jepun 102-16 dan menewaskan Taiwan 90-11.

Kejohanan dua tahun sekali itu disertai 11 negara terdiri dari Sri Lanka, Singapura, Thailand, Korea, Nepal, Hong Kong India, Taiwan, Brunei, Jepun dan Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Julai 2019 @ 7:27 PM