GUARDIOLA (kiri) dan Mourinho bersama bersama sertai Barcelona. FOTO/AGENSI
GUARDIOLA (kiri) dan Mourinho bersama bersama sertai Barcelona. FOTO/AGENSI
AFP

MANCHESTER: Pep Guardiola mengatakan musuh lamanya, Jose Mourinho patut dihormati biarpun pengendali Manchester United itu berdepan dengan masalah dalaman saingan Liga Perdana ketika ini.

Mourinho berada dalam tekanan selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Brighton dan Tottenham dengan spekulasi berhubung masa depannya mula bertiup kencang.

Pengurus United itu meminta wartawan menghormatinya selepas kekalahan 0-3 kepada Tottenham sambil meminta media merujuk kejayaannya ketika bersama Chelsea, Inter Milan dan Real Madrid.

Guardiola dikaitkan dengan beberapa siri perbalahan dengan Mourinho ketika beliau mengendalikan Barcelona.

Tapi ditanya mengenai masalah yang melanda Mourinho, pengurus Manchester City itu berkata: “Apa yang pernah dilakukan Jose di semua tempat yang pernah beliau berada itu adalah sejarah. Semua itu sudah berlalu. Tiada keraguan mengenai kualiti yang dimilikinya.”

“Anda memerlukan pemain, kelab yang baik untuk menyokong anda dan anda perlukan kesabaran.

“Kedudukan anda itu adalah hasilnya. Setiap pengurus percaya apa yang beliau lakukan, cuba mendapat hasil dengan cara tersendiri dan cara dia melatih pemain. Kita pula menilai berdasarkan keputusan yang diperoleh.

“Hanya pemain yang tahu dengan tepat situasi anda sebagai pengurus kerana mereka mengenali anda dan melihat anda setiap hari. Mereka mempunyai lebih banyak informasi berbanding dunia luar. Peminat, media dan semua orang.”  

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 September 2018 @ 10:41 AM