EDEN Hazard selepas perlawanan Chelsea dan Arsenal di Stamford Bridge, London, semalam. FOTO Reuters
EDEN Hazard selepas perlawanan Chelsea dan Arsenal di Stamford Bridge, London, semalam. FOTO Reuters
AFP

EDEN Hazard sekali lagi memberi jaminan kepada penyokong Chelsea yang dirinya tidak akan meninggalkan kelab itu pada bulan ini meskipun terus menarik minat dari juara Eropah, Real Madrid.

Pasaran pemindahan pemain untuk Liga Perdana Inggeris sudah pun ditutup namun kekal dibuka untuk liga Eropah yang lain sehingga 31 Ogos ini.

Rakan sepasukan Hazard di Belgium, Thibaut Courtois menggesa pemindahan dari Chelsea ke Madrid awal bulan ini dengan keengganan kembali ke padang latihan pra musim selepas membantu negaranya menamatkan saingan Piala Dunia di tangga ketiga.

Selepas membuat penampilan di Russia, tempoh masa Hazard di Stamford Bridge sudah semakin hampir ke penghujung dengan berkata, destinasi diinginkan amat diketahui.

Kontrak Hazard berakhir pada 2020 dengan Chelsea berharap pemain itu akan melanjutkan kontraknya bagi menamatkan spekulasi mengenai masa depannya.

Namun selepas dimasukkan dari bangku simpanan ketika menjadi sumber inspirasi kemenangan pasukan ke atas Arsenal semalam, Hazard kekal berahsia dengan keputusannya sama ada kekal di Chelsea selepas ini.

“Pindah tahun ini? Saya tidak akan berpindah,” katanya kepada stesen radio Perancis, RMC.

“Banyak perkara yang diperkatakan. Kebanyakannya tidak masuk akal. Buat masa ini, saya gembira.

“Saya masih mempunyai kontrak selama dua tahun dan kita akan lihat apa yang akan berlaku. Kita boleh menjual tetapi kita tidak boleh mengikat pemain baharu. Ia akan menjadi taruhan buat mereka untuk melepaskan saya dan tidak mendapatkan pemain selepas itu.”

Selepas Piala Dunia, Hazard dilihat lebih banyak memanaskan bangku simpanan untuk dua perlawanan pembukaan Chelsea di Liga Perdana di bawah Maurizio Sarri.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Ogos 2018 @ 9:40 PM