TIGER Woods sedang beraksi. Foto EPA
TIGER Woods sedang beraksi. Foto EPA
AFP

TIGER Woods mencatat tiga birdie menerusi empat lubang hari ini sebelum ribut petir menyekat kemaraannya dan terhenti di pusingan kedua edisi ke-100 Kejuaraan PGA dengan Gary Woodland mendahului satu pukulan.

Lapangan  Bellerive Country Club yang sebelum itu menyaksikan catatan terendah dalam sejarah kejohanan golf utama dibasahi hujan dengan Woods, juara kejohanan utama 14 kali itu berada di kedudukan positif sebelum kejohanan disambung keesokan harinya. 

“Saya rasa, saya menuju ke haluan yang betul,” kat Woods.

“Esok bakal menjadi hari yang panjang buat kami semua. Apa yang penting kami mengharapkan keadaan green yang lebih baik sebelum kembali beraksi.”

Kejohanan akan disambung awal pagi esok dengan tempoh tiga jam setengah sebelum penyingkiran. Penganjur berkata pusingan akan membabitkan format threesome di mana permainan lubang pertama dan ke-10 bermula 30 minit sebaik berakhirnya pusingan kedua.

Woodland mencatat empat di bawah par 66 untuk mendahului 10 di bawah par 130 keseluruhan, satu pukulan di depan naib juara Terbuka Britian Kevin Kisner dan juara Terbuka AS dua kali Brooks Koepka di tangga ketiga dengan 132 pukuan keseluruhan.

Dustin Johnson, pemain Afrika Selatan Charl Schwartzel dan wakil Belgium Thomas Pieters mengumpul 133 pukulan keseluruhan.

“Saya berasa selamat dengan corak permainan saya,” kata Woodland.

“Saya tidak terlalu bimbangkan sesiapa pun di luar sana.” 

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Ogos 2018 @ 2:35 PM