LUKA Modric meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan. Foto EPA-EFE
LUKA Modric meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan. Foto EPA-EFE
AFP

LUKA Modric ditakdirkan untuk membantu kemenangan Croatia menewaskan Denmark, tetapi dia hampir menjadi punca kekalahan kepada skuad itu untuk mara ke pusingan suku akhir, hari ini.

Ketika berdepan dengan lawannya yang turut memakai jersi nombor 10, Christian Eriksen di Nizhny Novgorod, kapten Croatia itu sebenarnya mempunyai peluang untuk membawa kemenangan pasukan pada minit ke-116 apabila dihadiahkan sepakan penalti.

Namun, bintang Real Madrid ini gagal menjaringkan gol sekaligus menyaksikan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1.

Jurulatih, Zlatko Dalic berkata, Modric yang secara sukarela meminta untuk mengambil penalti kedua ketika penentuan diadakan.

“Anda boleh bayangkan apa yang berlaku jika dia tidak menjaringkannya,” kata Dalic.

Berlainan nasib pula dengan Eriksen.

Pemain Denmark itu yang mengambil sepakan penalti pertama, namun cubaannya itu diselamatkan oleh Danijel Subasic, yang menyelamatkan dua sepakan penalti lain.

Modric berkata, selepas perlawanan itu, dia sudah mengkaji teknik penjaga gol lawan, Kasper Schmeichel jika mereka menghadapi sepakan penalti.

Dia turut mengadu mengenai perlawanan itu dan cuaca yang panas memberi kesukaran terhadap pasukan itu.

“Tetapi kami terselamat,” kata Modric yang meraikan kejayaan Croatia mara ke suku akhir menerusi kemenangan 3-2 ke atas Denmark, dalam penentuan sepakan penalti.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Julai 2018 @ 11:43 AM