PETKOVIC optimis Croatia ke perlawanan akhir sekali lagi. -FOTO AFP
PETKOVIC optimis Croatia ke perlawanan akhir sekali lagi. -FOTO AFP
AFP

Doha: Penyerang Croatia, Bruno Petkovic berkata kekuatan mental pasukan itu mendorong mereka meraih dua kemenangan penentuan sepakan penalti di Piala dunia berakar umbi dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan.

Petkovic menjaringkan gol penyamaan lewat perlawanan untuk menyamakan kedudukan selepas Neymar menjaringkan gol buat Brazil di suku akhir sebelum pasukan Zlatko Dalic menang menerusi sepakan penalti.

Mereka turut menewaskan Jepun menerusi sepakan penalti pada pusingan sebelum itu.

Ia adalah corak biasa buat anak buat Dalic yang empat tahun lalu mara ke final menerusi tiga kemenangan pada masa tambahan, satu di peringkat kalah mati, dua daripadanya selepas penentuan sepakan penalti.

"Saya fikir salah satu sebab (untuk mentaliti ini), ia adalah kerana kami negara kecil," kata Petkovic.

"Walaupun sebagai pemain kita masih muda, kita tahu bagaimana negara kami dicipta dan mencapai kemerdekaan pada 1990-an."

"Kami mengetahui perkara ini daripada ibu bapa kami. Kami belajar untuk bertarung, anda bekerja keras dan anda tidak akan ke mana-mana tanpa itu," kata pemain berusia 28 tahun itu yang menjadi wira negara apabila meledakkan gol penyamaan untuk mengecewakan Brazil.

Beberapa pemain berpengalaman dalam pasukan mempunyai hubungan yang kuat ketika konflik di Balkan pada 1990-an.

Pemain veteran, Luka Modric terpaksa dipindahkan ketika dia masih muda dan pemain pertahanan Dejan Lovren dipaksa keluar dari rumah ketika zaman kanak-kanaknya.

Croatia beraksi di Piala Dunia pertama mereka sebagai negara merdeka pada 1998 dan mara ke separuh akhir di mana mereka tewas kepada tuan rumah dan pemenangnya adalah Perancis.

Perancis turut memusnahkan impian Croatia empat tahun lalu di Russia selepas mereka memenangi perlawanan akhir 4-2 tetapi negara yang mempunyai empat juta pendudukan itu kembali ke kelompok empat terakhir dan kelihatan penuh bersemangat kali ini.

"Saya fikir kami sudah meningkat dari setiap perlawanan apabila lawan semakin kuat kami menjadi lebih baik dan lebih baik lagi," kata Petkovic.

"Bagi saya, gol itu memberi saya keyakinan yang besar. Dalam tempoh masa tambahan kami masih percaya dan kami menyokong satu sama lain. Keyakinan bukan saja pada tahap peribadi, kami percaya antara satu sama lain."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2022 @ 8:52 AM