BEKAS pengurus Manchester United, Alex Ferguson. FOTO Reuters
BEKAS pengurus Manchester United, Alex Ferguson. FOTO Reuters
AFP

BEKAS pengurus Manchester United, Alex Ferguson sudah boleh duduk dan bercakap dengan ahli keluarganya selepas menjalani pembedahan pendarahan otak, menurut laporan media hari ini. 

Dilabel sebagai pengurus paling berjaya dalam sejarah bola sepak Britain, Ferguson, 76, memenangi 38 trofi dalam tempoh lebih 26 tahun membimbing United termasuk 13 gelaran juara Liga Perdana Inggeris dan dua kali Liga Juara-Juara.

Mail Online melaporkan pengendali kelahiran Scotland itu yang bersara pada 2013 kini sudah sedarkan diri daripada koma dan menunjukkan petanda positif dalam proses pemulihannya. 

"Pembedahan berjalan lancar dan Ferguson memberikan reaksi yang positif terhadap terhadap rawatan yang dijalankan ke atas dirinya susulan pembedahan itu. 

"Bagaimanapun, mereka sedar ia memerlukan masa untuk memastikan dia benar-benar pulih dan pemantauan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa," kata laporan itu. 

Sementara itu, seorang sumber memaklumkan kepada akhbar The Sun: "Proses pemulihannya menunjukkan tanda positif dan rakan rapatnya dalam bola sepak dimaklumkan mengenai perkembangan semasa Ferguson," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mei 2018 @ 7:04 PM