Laporte (dua dari kanan) pada sesi latihan Bilbao. FOTO EPA-EFE
Laporte (dua dari kanan) pada sesi latihan Bilbao. FOTO EPA-EFE
BBC

MANCHESTER City berharap dapat melengkapkan perpindahan bernilai £57 juta pound (RM316 juta) bagi mendapatkan pemain pertahanan Aymeric Laporte dari kelab La Liga, Athletic Bilbao.

Bos City, Pep Guardiola meminati bakat pemain berusia 23 tahun itu dan bersedia untuk memenuhi klausa syarat ditetapkan.

Rundingan mendapatkan pemain pertahanan tengah Perancis itu masih belum bersetujui tetapi dijangka diselesaikan sebelum jendela perpindahan ditutup, Rabu minggu depan.

Rekod perpindahan Man City paling tinggi ketika ini adalah £55 juta pound (RM306 juta) ketika mendapatkan Kevin de Bruyne pada 2015.

Pemain tengah Belgium itu menyertai dari kelab Bundesliga Wolfsburg mengikat kontrak baru bersama pendahulu kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sehingga 2023.

Laporte dianggap pemain pertahanan muda terbaik La Liga sejak beraksi dalam liga utama kejuaraan Sepanyol pada 2012 tetapi masih belum beraksi bersama skuad antarabangsa Perancis.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 January 2018 @ 4:29 PM