LAPORTE beraksi di Liga Europa ketika Athletic Club Bilbao menentang Hertha BSC Berlin. Foto AFP
LAPORTE beraksi di Liga Europa ketika Athletic Club Bilbao menentang Hertha BSC Berlin. Foto AFP
Reuters

BARCELONA: Pertahanan Perancis, Aymeric Laporte membayar yuran klausa tebus kontrak perpindahannya kepada Athletic Bilbao bagi menyertai Manchester City, kata kelab Sepanyol itu, semalam.

Laporte, 23, memiliki klausa dalam kontraknya bernilai AS$80 juta (RM311.05 juta) bersama Bilbao yang kemudian diaktifkan dalam usahanya untuk menyertai City yang dibimbing Pep Guardiola.

Sekiranya berjaya, dia akan menjadi pembelian termahal buat City.

Media Sepanyol dan British melaporkan Laporte akan diumumkan sebagai pemain City, hari ini dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu dikatakan sudah lama berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

“Athletic berterima kasih kepada pemain atas apa yang diberikannya ketika dia bermain bersama kelab ini,” kata Bilbao dalam kenyataan.

Dengan harga RM juta, Laporte akan mengatasi pembelian termahal kelab itu sebelum ini iaitu Kevin De Bruyne 55 juta pound (RM300.04 juta) .

Kekerapan kecederaan yang melanda kapten, Vincent Kompany dan kurangnya kepercayaan Guardiola terhadap Eliaquim Mangala menyaksikan pengendali dari Sepanyol itu mahu menambah seorang lagi pertahanan tengah untuk mencabar tempat Nicolas Otamendi dan John Stones.

Laporte menjadi antara tonggak Bilbao sejak musim 2012-13 dan menjuarai Piala Super Sepanyol pada 2015.

“Saya mahu berterima kasih kepada kamu atas semua yang kamu berikan kepada saya,” kata Laporte dalam mesejnya yang dikemukakan bersama kenyataan Bilbao.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 January 2018 @ 6:46 AM