LOPORTE (kiri) mungkin berdepan masalah hamstring. FOTO AFP
LOPORTE (kiri) mungkin berdepan masalah hamstring. FOTO AFP
Agensi

AYMERIC Laporte bimbang kecederaannya mungkin membataskan aksi pada final Piala Liga dan perlawanan timbal balik Liga Juara-Juara menentang Real Madrid.

Tonggak pertahanan Manchester City terhincut-hincut kesakitan selepas membantu skuadnya mencatat kemenangan 2-1 di Bernabeu kelmarin.

Pasukan perubatan menjalankan beberapa ujian semalam tapi menurut sumber paling dekat dengan pemain itu, Laporte mungkin berdepan masalah hamstring, yang kemungkinan memaksanya diketepikan beberapa minggu.

Penampilan setengah jam Laporte berdepan Real hanya penampilan keempatnya sejak pulih daripada kecederaan lutut yang serius.

Laporte bertindak sebagai pemain gantian selepas tidak sampai satu jam ketika kemenangan 1-0 ke atas Leicester pada Sabtu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Februari 2020 @ 6:45 AM