NAJIB (kiri) menyampaikan trofi kejuaraan kepada Perez pada majlis penyampaian trofi Kejohanan Golf CIMB Classic 2017 di TPC Bukit Kiara. -Foto LUQMAN HAKIM ZUBIR
NAJIB (kiri) menyampaikan trofi kejuaraan kepada Perez pada majlis penyampaian trofi Kejohanan Golf CIMB Classic 2017 di TPC Bukit Kiara. -Foto LUQMAN HAKIM ZUBIR
Ahmad Suhael Adnan


DATUK Seri Najib Razak menyampaikan trofi kepada bintang golf Amerika Syarikat (AS), Pat Perez yang menjuarai saingan CIMB Classic di TPC Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan Perez muncul juara paling tua dalam kejohanan Jelajah PGA itu, pada usia 41 tahun, tujuh bulan dan 14 hari.

Perez yang menyambar gelaran ketiga Jelajah PGA, membawa pulang hadiah wang tunai AS$1.26 juta (RM5.32 juta) dengan catatan 24 di bawah par 264.

Terdahulu, Najib yang tiba di TPC Kuala Lumpur kira-kira jam 1 tengah hari, meluangkan masa lebih dua jam bagi menyaksikan hari terakhir saingan CIMB Classic yang bermula Khamis lalu.

Turut hadir pada sesi penyerahan trofi ialah Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz; Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Energy, Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Presiden Persatuan Profesional Golf Malaysia, Valrick Harris Zainal Abidin.

Sementara itu, Tengku Zafrul ketika berucap, memuji semangat kesukanan dipamerkan sepanjang saingan berlangsung, selain menyifatkan CIMB Classic sebagai kejohanan golf terbaik Asia.

"Sudah tiba masanya untuk menjadikan saingan ini sebagai acara terkemuka Asia dan untuk itu, saya mengumumkan peningkatan hadiah kemenangan pada tahun depan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Oktober 2017 @ 5:05 PM