KHAIRY bersama penyokong Malaysia ketika menyaksikan  acara Wheelchair Basketball  Sukan Para Asean KL2017 di Mitec, Kuala Lumpur.  -Foto SYARAFIQ ABD SAMAD
KHAIRY bersama penyokong Malaysia ketika menyaksikan acara Wheelchair Basketball Sukan Para Asean KL2017 di Mitec, Kuala Lumpur. -Foto SYARAFIQ ABD SAMAD
Sukhairi Thani


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengharapkan lebih banyak sokongan padu diberikan buat kontinjen negara yang beraksi pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur (Para KL2017).

Selepas dua hari temasya berlangsung, Khairy jelas berpuas hati dengan sokongan penonton terhadap atlet kelainan upaya itu namun baginya masih belum cukup menyeluruh.

“Saya boleh kata OK,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kehadiran penonton setakat ini pada edisi kesembilan itu.

“Saya harap ramai lagi dapat datang memberi sokongan kepada kontinjen para kita.

“Walaupun ada venue nampak ramai yang hadir seperti di akuatik... Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), saya rasa boleh tahan juga tapi diharapkan lebih ramai dapat datang turun memberi sokongan terutamanya pada hari Jumaat dan Sabtu ini.”

Mengulas mengenai perjalanan temasya setakat ini, Khairy berkata: “Semuanya berjalan lancar dan prestasi kontinjen menepati sasaran setakat ini.

“Saya harap dapat teruskan usaha memburu 103 pingat emas. Sekiranya dilihat daripada saingan, ia sedikit berbeza berbanding Sukan SEA dengan kemunculan Indonesia dan cabaran yang bakal diberikan Thailand. Saya harap 103 emas itu mencukupi untuk menduduki tangga kedua teratas.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 September 2017 @ 3:53 PM