AFP

MONTREAL: Pilihan ketiga dari Hungary, Timea Babos (gambar) mengatasi pilihan utama dari Republik Czech, Lucie Safarova 7-6 (10/8), 6-4 awal pagi tadi untuk layak ke final WTA Quebec City, yang mana dia akan bertemu pemain Belgium, Alison Van Uytvanck.

Timea layak ke final keduanya dalam Jelajah WTA tahun ini sesudah menang kejuaraan di halaman sendiri di Budapest mengatasi Lucie pada aksi final.

Timea yang menghuni ranking ke-63 dunia menyamakan rekod pertembungan sesama sendiri menentang Lucie dengan masing-masing dua kemenangan, menangani permulaan garang Lucie sebelum menang perlawanan itu dalam masa satu jam 42 minit.

Pemain Hungary itu agak tertekan pada awal perlawanan apabila Lucie tidak tercicir sebarang mata dalam empat servis pertamanya.

Dia memburu kejuaraan ketiga karier menentang pilihan ketujuh Alison, yang menang 6-1, 6-2 ke atas pemain Jerman, Tatjana Maria.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 September 2017 @ 1:45 PM