Elina peminat bola sepak negaranya. FOTO Agensi
Elina peminat bola sepak negaranya. FOTO Agensi
Agensi

London: Elina Svitolina mengidamkan hujung minggu yang indah apabila dia beraksi di gelanggang tenis dan sebelum menyaksikan Ukraine berjaya menewaskan England di Euro 2020.

Pemain pilihan kelima dari Ukraine itu mengesahkan tempat ke pusingan kedua di Wimbledon dengan kemenangan 6-3, 2-6, 6-3 ke atas Alison Van Uytvanck.

Saingan peringkat berikutannya mungkin diadakan pada Sabtu, pada hari sama pasukan kebangsaan negaranya menentang Three Lions dalam kejohanan Eropah.

Elina bintang tenis sensasi Ukraine. FOTO Agensi
Elina bintang tenis sensasi Ukraine. FOTO Agensi

Ditanya sama ada dia memilih untuk beraksi di gelanggang utama atau menyaksikan pasukannya menang, dia berkata: "Ia soalan memerangkap. Sememangnya saya berhasrat untuk beraksi di gelanggang utama dan sambil mengharapkan Ukraine menewaskan England, ia lebih ideal.

"Ia soalan yang sukar. Saya rasa mungkin akan beraksi pada waktu ini dan kemudian Ukraine hanya melakukan kerja mereka."

Elina mempunyai pengetahuan mengenai sukan Inggeris selepas bercinta dengan pemain kriket England, Reece Topley dan katanya tekanan pastinya kepada skuad kendalian Gareth Southgate selepas Ukraine hanya layak ke peringkat kalah mati kejohanan selepas memperoleh kedudukan antara tiga pasukan terbaik kumpulan.

Tambahnya: "Kami ada peluang. Ia turut bergantung pada tuah.

"Menakjubkan apabila pasukan beraksi dengan baik dan mengatasi Sweden. Saya dengar banyak kritikan selepas dua kekalahan di peringkat kumpulan.

"Akhirnya mereka beraksi baik dan mantap, seperti yang mereka mampu. Amat menakjubkan apabila memperoleh satu lagi peluang untuk menentang pasukan yang sangat kuat.

"Saya fikir tekanan kini kepada England, jadi tiada apa yang hendak dirugikan buat Ukraine. Saya tidak sabar menanti perlawanan itu."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Julai 2021 @ 10:22 PM