PRESIDEN Snuker Malaysia, Melvin Chia (kanan) memberi kata semagat kepada pemain snuker negara, Darryl Chia (tiga dair kiri), Muhammad Almie Muhamad Yakup (dua dari kiri) dan Adwin Teh selepas majlis undian snuker Sukan Sea KL2017 di Wisma OCM.
PRESIDEN Snuker Malaysia, Melvin Chia (kanan) memberi kata semagat kepada pemain snuker negara, Darryl Chia (tiga dair kiri), Muhammad Almie Muhamad Yakup (dua dari kiri) dan Adwin Teh selepas majlis undian snuker Sukan Sea KL2017 di Wisma OCM.
Saiful Affendy Sapran


PEMENANG dua pingat emas Sukan SEA Singapura Thor Chuan Leong berdepan tugas getir untuk mempertahankan kemenangan menerusi acara snuker individu apabila bertemu atlet berpengalaman dari Thailand, Phaitoon Phonbun seawal pusingan pertama.

Nasib kurang baik juga dilalui seorang lagi atlet negara Moh Keen Hoo yang bakal bertemu pilihan kedua, Ko Htet dari Myanmar.

Ko Htet adalah finalis yang tewas kepada Chuan Leong dua tahun lalu di Singapura.

Bagaimanapun pengurus pasukan Tunku Nazroff Tunku Mokhsin tetap optimis kedua-dua atlet utamanya itu mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan.

“Tidak dinafikan laluan Chuan Leong dan Keen Hoo agak sukar seawal pusingan pertama lagi.

“Tapi jika kedua-dua wakil kita dapat melepasi pusingan awal itu, saya rasa tiada masalah untuk pusingan seterusnya.

“Apapun saya tetap yakin kedua-duanya mampu menggalas tugas dengan baik,” katanya ketika ditemui selepas majlis undian, hari ini.

Beliau bagaimanapun yakin gandingan Chuan Leong-Keen Hoo dijangka tidak berdepan masalah untuk melepasi pusingan pertama acara snuker double.

Ini kerana mereka bakal bertemu wakil Laos, Phoutthabandit Daophachan-Sakbieng Siththideth.

“Di atas kertas, saya fikir kedua-dua mereka tidak berdepan masalah untuk tewaskan wakil Laos,” katanya.

Malaysia memenangi dua emas menerusi kedua-dua acara itu di Singapura.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Ogos 2017 @ 5:56 PM