Razlan mahu peminat beli secara dalam talian. FOTO fail HM
Razlan mahu peminat beli secara dalam talian. FOTO fail HM
BERNAMA

GRAND Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2017 yang dijadual berlangsung dari 27 hingga 29 Okt di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mendapat sambutan luar biasa dengan hanya tiket bagi hillstand yang masih berbaki.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali berkata tiket untuk grandstand utama, K1 Grandstand, F Grandstand, Premier Roving, VR46 Tribune dan the Marc Marquez Tribune habis dibeli oleh peminat perlumbaan.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata sambutan menggalakkan itu menunjukkkan bahawa edisi tahun ini adalah acara yang paling dinanti-nanti peminat perlumbaan motosikal bukan sahaja di Malaysia, rantau ini.

“Tahun lalu tiket habis dijual tiga minggu sebelum acara berlangsung. Jadi, adalah amat menggembirakan apabila mengetahui peminat MotoGP menempah tiket mereka lebih awal dan tahun ini akan menjadi satu lagi tahun yang amat berjaya serta penuh dengan aksi yang mendebarkan,” katanya.

“Tiket bagi hillstand masih berbaki tidak sampai 100 bagi SIC Racing Team tribune dan lebih separuh daripada tiket bagi C2 hillstand telah habis dijual,” katanya sambil menjelaskan tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang SIC www.sepangcircuit.com, ejen bertauliah dan gerai promosi SIC.

Beliau menasihati peminat supaya membeli tiket yang dijual melalui SIC bagi mengelak sebarang masalah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Ogos 2017 @ 3:09 PM