RAZLAN Razali.
RAZLAN Razali.
Saiful Affendy Sapran


KIRA-kira sebulan sebelum berlangsung saingan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia bermula 1 hingga 3 November depan, jualan tiket untuk perlumbaan berpestij itu semakin terhad. Justeru itu, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali menasihatkan mereka yang ingin menyaksikan perlumbaan itu supaya segera mendapatkan tiket.

"Berdasarkan kepada trend tahun sebelum ini, peminat mendapatkan tiket beberapa bulan lebih awal sebelum bermulanya perlumbaan.

"Saya rasa dengan tambahan pembabitan pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing, ia akan mendorong lebih ramai orang untuk hadir ke Sepang.

"Sokongan anda cukup bermakna terutamanya kepada pelumba tempatan seperti pelumba MotoGP, Hafizh Syahrin (Red Bull KTM Tech 3), pelumba Moto2, Adam Norrodin dan juga pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing," katanya.

Jelas Razlan, tahun ini juga cukup istimewa kerana SIC meraikan ulangtahun ke-20 penganjuran MotoGP sejak kali pertama pada 1999.

Tahun lalu, seramai 169,827 penonton menyaksikan perlumbaan MotoGP di SIC selama tiga hari. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.sepangcircuit.com.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 September 2019 @ 9:52 PM