PESERTA Global Camp bergambar kenangan dalam Terowong Saliran Banjir.
PESERTA Global Camp bergambar kenangan dalam Terowong Saliran Banjir.
Suliati Asri


Dalam era perubahan iklim yang semakin meningkat di seluruh dunia, kepentingan persediaan menghadapi bencana perlu ditekankan oleh semua lapisan masyarakat.

Bagi tujuan itu, empat mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) terpilih mewakili Malaysia menyertai Global Camp: Disaster Preparedness di Kochi, Jepun anjuran Kochi National Institute of Technology pada Mac lalu.

Mereka adalah Nur Shuhada Nordin dan Nik Zulaikha Nik Pa dari Kolej Pengajian Kejuruteraan serta Nur Radhia Ahmad Nazari dan Muhammad Al Haqeem Abd Malek dari Kolej Pengajian Alam Bina Pelajar.

EMPAT wakil pelajar yang menyertai Global Camp : Disaster Preparedness baru-baru ini di Jepun.
EMPAT wakil pelajar yang menyertai Global Camp : Disaster Preparedness baru-baru ini di Jepun.

Global Camp ini mengumpul mahasiswa proaktif dalam pelbagai bidang antaranya kejuruteraan dan pembinaan daripada pelbagai negara iaitu Jepun, Malaysia, Indonesia, Taiwan, Thailand, Mongolia dan Korea.

Menerusi program ini, ia membuka ruang perbincangan dalam mengenal pasti pendekatan inovatif yang berkesan dalam menghasilkan bahan pendidikan menarik bagi persiapan bencana alam untuk generasi akan datang.

Program ini turut membabitkan penerokaan inovasi persediaan bencana alam yang digunakan di Jepun seperti law

atan ke Terowong Saliran Banjir.

Uniknya, terowong sepanjang lima kilometer ini bukan saja menghubungkan Sungai Kusaka dan Sungai Niyodo yang juga terkenal sebagai sungai terbersih di Jepun, tetapi terowong itu juga akan digunakan sekiranya air sungai melepasi paras bahaya.

Bukan itu sahaja, peserta juga dibawa ke beberapa lokasi Menara Evakuasi yang dibina untuk menyelamatkan diri ketika proses evakuasi bencana alam.

Peserta Global Camp turut didedahkan dengan penggunaan aplikasi Minecraft yang berpotensi besar menyediakan platform dalam memupuk kreativiti jurutera muda dan kemahiran penyelesaian masalah dalam aspek pembangunan dan perancangan bandar.

PESERTA Global Camp Disaster Preparedness
PESERTA Global Camp Disaster Preparedness

Aplikasi ini membantu peserta bentuk struktur bangunan serta mensimulasikan senario bencana seperti tsunami dan banjir.

Peserta juga diberi peluang berinteraksi bersama syarikat Nishio Rent All yang menggunakan teknologi canggih dalam pengendalian mesin pembinaan melalui alat kawalan jarak jauh yang sangat menakjubkan.

Nur Shuhada berkata, program itu menyediakan platform kepada bakal jurutera muda dalam menyuarakan idea mereka untuk merangka persediaan menghadapi bencana melalui diskusi bersama wakil negara luar.

Menurutnya, sepanjang program ini mereka turut didedahkan dengan teknologi maju dalam bidang kejuruteraan yang diguna pakai Jepun yang terkenal dengan kepakaran teknologi canggih di persada dunia.

"Program Global Camp sangat bagus kerana ia secara tidak langsung membantu kadar siap siaga komuniti setempat memupuk kesedaran dalam kalangan generasi muda menghadapi bencana alam.

"Pembabitan Malaysia dalam program ini turut membantu memperkukuhkan kerjasama erat Malaysia dan Jepun dalam aspek kejuruteraan dan teknologi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 April 2024 @ 6:22 AM