AFP

Hisanohama: Seluruh Jepun bertafakur selama seminit bagi memperingati genap 10 tahun tragedi gempa bumi bermagnitud 9 dan tsunami yang melanda timur laut negara itu.

Penduduk negara itu bertafakur pada 2.46 petang (waktu tempatan) iaitu detik ketika gempa bumi itu berlaku pada 11 Mac 2011.

FOTO fail pada 14 Mac 2011 menunjukkan penduduk menjunjung barangan dari rumah mereka selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut Jepun. FOTO AFP
FOTO fail pada 14 Mac 2011 menunjukkan penduduk menjunjung barangan dari rumah mereka selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut Jepun. FOTO AFP

Bencana itu menyebabkan kira-kira 18,500 terbunuh dan dilaporkan hilang, dengan kebanyakan daripada mereka dihanyutkan arus.

Ia menjejaskan loji nuklear Fukushima Daiichi, mengakibatkan kesan radiasi di kawasan sekitarnya seterusnya menyebabkan beberapa bandar tidak dapat didiami untuk tempoh beberapa tahun.

FOTO fail pada 14 Mac 2011 menunjukkan kesan kemusnahan bencana alam berkenaan di Miyagi. FOTO AFP
FOTO fail pada 14 Mac 2011 menunjukkan kesan kemusnahan bencana alam berkenaan di Miyagi. FOTO AFP

Selain itu, ia menyebabkan puluhan ribu penduduk terpaksa dipindahkan.

Ia adalah bencana alam terburuk pernah melanda negara itu.

POLIS Miyagi menjalankan operasi mencari petanda individu yang masih hilang sejak tragedi 2011 itu. FOTO AFP
POLIS Miyagi menjalankan operasi mencari petanda individu yang masih hilang sejak tragedi 2011 itu. FOTO AFP

Acara peringatan yang diadakan setiap tahun itu diadakan dalam skala lebih kecil pada kali ini, berbanding tahun-tahun lalu.

Ia memandangkan beberapa kawasan berhampiran masih diletakkan di bawah perintah darurat akibat pandemik Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mac 2021 @ 4:18 PM