PELAJAR harus pilih syarikat atau agensi menepati kehendak kurikulum program untuk jalani latihan.
PELAJAR harus pilih syarikat atau agensi menepati kehendak kurikulum program untuk jalani latihan.
Suliati Asri


Isu pemberian elaun ketika menjalankan latihan industri masih hangat diperkatakan dan baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru supaya pelajar diberi elaun bersesuaian.

Penyelaras Latihan Industri Bacelor Sains Pengurusan Perladangan dengan Kepujian Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Daljit Singh Karam Singh berkata, kebimbangan pelajar mengenai ketiadaan pemberian elaun ketika menjalankan latihan industri sememangnya isu yang sudah lama berlaku.

Bagaimanapun, katanya dalam mengatasi masalah itu pelajar perlu bijak membuat pilihan agensi atau syarikat yang hendak dipohon sama ada sektor awam mahupun swasta.

"Pelajar perlu sedar, latihan industri adalah platform untuk mendapatkan pendedahan awal mengenai dunia pekerjaan sebenar.

"Dari situ, pelajar dapat mengasah bakat dan pengalaman bukan hanya pada kerja yang dilakukan tetapi bagaimana cara mereka berkomunikasi dengan baik sama ada pihak atas atau kakitangan lain.

"Oleh itu, pelajar perlu mengambil langkah pro-aktif sebelum memulakan latihan industri dengan membuat penilaian tempat berpotensi," katanya.

Kebiasaannya, latihan industri akan dijalankan pada pertengahan semester atau tahun akhir pengajian dengan tempoh latihan selama dua bulan, enam bulan mahupun setahun.

"Oleh itu, pelajar perlu mengambil langkah pro-aktif sebelum memulakan latihan industri dengan membuat penilaian tempat berpotensi," katanya.

Kebiasaannya, latihan industri akan dijalankan pada pertengahan semester atau tahun akhir pengajian dengan tempoh latihan selama dua bulan, enam bulan mahupun setahun.

Perbezaan tempoh praktikal pula adalah mengikut kurikulum pengajian yang diambil dan pelajar juga perlu lulus latihan industri sebagai syarat wajib untuk bergraduat.

Mengulas lanjut, Daljit berkata, terdapat beberapa langkah yang boleh ambil pelajar dalam menentukan tempat untuk menjalani latihan industri.

"Pertama, pelajar digalakkan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada penyelaras latihan industri di institut pengajian masing-masing.

"Biasanya, sebagai penyelaras latihan industri, kami mempunyai senarai majikan yang lengkap dengan maklumat penyediaan kemudahan penempatan mahupun pemberian elaun jika ada.

PELAJAR perlu mengambil peluang yang ada untuk menimbah  sebanyak mungkin ilmu baharu serta mempraktikkan. (Gambar hiasan)
PELAJAR perlu mengambil peluang yang ada untuk menimbah sebanyak mungkin ilmu baharu serta mempraktikkan. (Gambar hiasan)

"Penyelaras juga boleh memberikan cadangan tempat yang bersesuaian andai pelajar terpaksa memilih syarikat yang tidak memberi elaun," katanya.

"Pertemuan dengan penyelaras latihan industri juga sangat penting bagi memastikan syarikat tempat pelajar menjalani latihan industri itu menepati kehendak kurikulum program mereka," tambahnya.

Selain daripada mendapatkan bantuan daripada penyelaras latihan industri, pelajar juga boleh merujuk kepada pusat alumni.

Ini kerana katanya, kebanyakan ahli alumni sentiasa mahu menyumbang semula kepada institusi pengajian mereka dengan menyediakan tempat untuk menjalankan latihan industri berserta dengan pemberian elaun sama ada wang ringgit atau kemudahan asas bagi pelajar.

"Pelajar juga boleh bergerak secara aktif dengan membuat kajian syarikat yang potensi tempat untuk menjalankan latihan industri.

"Tinjauan dan sebarang pertanyaan boleh dibuat seawal satu semester mahupun tiga bulan sebelum sesi bermula. Tidak salah untuk bertanya maklumat mengenai kemudahan elaun dan kemudahan asas yang lain disediakan.

"Tetapi pelajar haruslah berhemah dalam berkomunikasi dengan pihak syarikat yang berpotensi menjadi majikan mereka," katanya.

Beberapa sektor yang masih dalam proses pemulihan berikutan pandemik Covid-19 yang menyebabkan pendapatan syarikat terbantut seperti sektor perkhidmatan berkaitan pelancongan.

LATIHAN industri medan untuk pelajar mempraktikan segala ilmu yang dipelajari sepanjang pengajian. (Gambar hiasan)
LATIHAN industri medan untuk pelajar mempraktikan segala ilmu yang dipelajari sepanjang pengajian. (Gambar hiasan)

Sebagai contoh, kebanyakan hotel mampu mengambil pelajar yang ramai tetapi berkemungkinan menyediakan elaun yang tidak begitu tinggi.

Terdapat juga syarikat kecil yang baru ditubuhkan mengambil pelajar yang sedang dalam latihan industri tetapi tidak mempunyai dana untuk membayar elaun.

Justeru, Dr Daljit berkata, apabila mencari tempat untuk menjalankan latihan industri, pelajar perlu bersikap terbuka dan melihat segala peluang sebelum membuat pilihan.

"Harus diingatkan pemilihan tempat latihan industri yang bertepatan dengan kehendak program pengajian sangat penting untuk pelajar dapat bergraduasi.

"Biasanya, ada syarikat besar yang menyediakan elaun kepada pelajar. Cuma pelajar perlu bertanya yang dan mendapatkan maklumat lengkap yang juga sebahagian daripada proses untuk memahami gerak kerja syarikat terbabit," katanya.

Tidak dinafikan, ada juga pemberian elaun yang datang dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan kepada pelajar.

"Pada masa inilah pelajar perlu bijak membuat pilihan tempat supaya objektif utama menjalankan latihan industri tercapai dan tidak semata-mata kerana pemberian elaun.

"Ketika menjalankan latihan industri, pelajar perlu mengambil peluang yang ada untuk menambah sebanyak mungkin ilmu baharu serta mempraktikkan apa yang dipelajari ketika menjalankan Latihan industri.

"Pihak majikan juga menilai prestasi pelajar ketika menjalankan latihan industri sama ada bersedia atau tidak menempuhi alam pekerjaan kelak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Julai 2023 @ 6:10 AM