JALANI gaya hidup sihat.
JALANI gaya hidup sihat.
MENOPAUS adalah antara masalah yang paling ditakuti oleh wanita.
MENOPAUS adalah antara masalah yang paling ditakuti oleh wanita.
Muhamaad Razis Ismail


MENOPAUS antara masalah yang paling ditakuti wanita yang berusia lingkungan 45 hingga 55 tahun kerana ia adalah petanda mereka tidak lagi subur.

Pada ketika ini, ovari tidak lagi menghasilkan hormon estrogen dan progesteron. Dalam kata lain, selepas memasuki fasa menopaus, kemampuan reproduksi wanita akan berakhir.

Banyak kajian menunjukkan hubung kait menopaus dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kepadatan tulang yang rendah, osteoporosis, kemurungan dan kematian pramatang.

Menerusi perkongsian di laman web healthline.com walaupun menopaus dikaitkan dengan banyak gejala yang tidak selesa dan meningkatkan risiko penyakit tertentu, diet anda boleh membantu mengurangkan gejala akibat masalah ini.

PRODUK tenusu penting kesihatan tulang.
PRODUK tenusu penting kesihatan tulang.

1. Produk tenusu

Penurunan tahap estrogen ketikam enopaus boleh meningkatkan risiko patah tulang dalam kalangan wanita. Produk tenusu, seperti susu, yogurt dan keju mengandungi kalsium, fosforus, kalium, magnesium, vitamin D dan K, penting untuk kesihatan tulang.

Dalam kajian terhadap hampir 750 wanita menopaus, mereka yang makan lebih banyak tenusu dan protein haiwan mempunyai ketumpatan tulang yang jauh lebih tinggi. Susu juga boleh membantu meningkatkan tidur. Kajian mendapati bahawa makanan yang tinggi dalam asid amino glisin yang terdapat dalam susu dan keju dapat menggalakkan tidur yang lebih nyenyak. Tambahan pula, beberapa bukti mengaitkan penggunaan tenusu dengan penurunan risiko menopaus pramatang yang berlaku sebelum usia 45 tahun. Dalam satu kajian, wanita dengan pengambilan vitamin D dan kalsium tertinggi mempunyai 17 peratus pengurangan risiko menopaus awal.

2. Bijirin penuh

Bijirin penuh mengandungi nutrien yang tinggi, termasuk serat dan vitamin B, seperti tiamin, niasin, riboflavin dan asid pantotenik. Diet yang tinggi dalam bijirin penuh dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit jantung, kanser dan kematian pramatang.

Dalam semakan, penyelidik mendapati bahawa orang yang makan tiga atau lebih hidangan bijirin penuh setiap hari mempunyai risiko 20 hingga 30 peratus lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung dan diabetes, berbanding orang yang makan kebanyakan karbohidrat bertapis. Satu kajian terhadap lebih 11,000 wanita menopaus menyatakan bahawa makan 4.7 gram serat bijirin penuh setiap 2,000 kalori sehari mengurangkan risiko kematian awal sebanyak peratus berbanding dengan hanya makan 1.3 gram serat bijirin penuh setiap 2,000 kalori. Makanan bijirin penuh termasuk beras perang, roti gandum, barli.

DIET yang bersesuaian dapat membantu mengurangkan gejala akibat menopause.
DIET yang bersesuaian dapat membantu mengurangkan gejala akibat menopause.

3. Buah-buahan dan sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi nutrien vitamin,mineral, serat dan antioksidan. Sayur-sayuran cruciferous mungkin sangat membantu untuk wanita menopaus. Dalam satu kajian, makan brokoli mengurangkan tahap sejenis estrogen yang dikaitkan dengan kanser payudara, sambil meningkatkan tahap jenis estrogen yang melindungi daripada kanser payudara.

WANITA yang mengalami menopaus harus mengambil makanan yang tinggi protein termasuk telur, daging, ikan dan kekacang.
WANITA yang mengalami menopaus harus mengambil makanan yang tinggi protein termasuk telur, daging, ikan dan kekacang.

4. Protein berkualiti

Penurunan estrogen daripada menopaus dikaitkan dengan penurunan jisim otot dan kekuatan tulang. Atas sebab ini, wanita yang mengalami menopaus harus makan lebih banyak protein. Makanan yang tinggi protein termasuk telur, daging, ikan, kekacang dan produk tenusu. Selain itu, anda boleh menambah serbuk protein pada makanan yang dibakar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Jun 2023 @ 6:20 AM