JO (kanan) bersama Pengarah Urusan Barry Callebaut Malaysia, Robert Kotuszewski merasmikan APAC BEC di Petaling Jaya, baru-baru ini.
JO (kanan) bersama Pengarah Urusan Barry Callebaut Malaysia, Robert Kotuszewski merasmikan APAC BEC di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Pengeluar produk coklat dan koko terkemuka, Barry Callebaut membuka Pusat Kecemerlangan Perniagaan Asia Pasifik (APAC BEC) di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Ia bakal berfungsi sebagai sebuah pusat kecemerlangan, menyediakan sokongan merentasi perkhidmatan kewangan dan perakaunan syarikat, pengurusan maklumat dan teknologi, perkhidmatan pelanggan serta beberapa fungsi korporat dan perkhidmatan perkongsian yang lain.

Pusat itu juga bakal membantu meningkatkan pengalaman pelanggan menerusi penyeragaman dan kebolehskalaan proses.

Ketua Pegawai Operasi Barry Callebaut Group, Jo Thys, berkata, pusat itu bertujuan untuk memberikan pengalaman yang dipertingkatkan disamping mewujudkan nilai kepada pelanggan menerusi pengoptimuman perkhidmatan dan automasi.

Ia membuktikan komitmen jangka panjang kumpulan itu ke arah membuat pelaburan di Asia Pasifik dan akan membantu menyokong pertumbuhan perniagaan di rantau ini.

"Malaysia terus menjadi hab utama bagi Rantau Asia Pasifik dan pusat ini mewakili pelaburan besar dan mengukuhkan kehadiran 30 tahun kami di negara ini," katanya.

Selaku peneraju dalam bidang inovasi, ia turut memperkenalkan beberapa produk coklatnya yang inovatif kepada pelanggan di Malaysia termasuk coklat bebas tenusu pertamanya, coklat berasaskan tumbuhan dan coklat WholeFruit yang diperbuat daripada 100 peratus buah koko.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 January 2023 @ 6:50 AM