NIRMALA (dua dari kanan, belakang) pada Karnival Bola Keranjang Bijirin Sarapan Nestle Koko Krunch.
NIRMALA (dua dari kanan, belakang) pada Karnival Bola Keranjang Bijirin Sarapan Nestle Koko Krunch.

Kuala Lumpur: Nestle Koko Krunch, jenama bijirin sarapan coklat keluaran Nestle (Malaysia) Berhad (Nestle) optimis untuk terus kekal sebagai produk bijirin sarapan nombor satu negara didorong pelbagai inisiatif dalam segmen promosi dan pemasaran.

Pengurus Pemasaran Negara Bahagian Bijirin Sarapan Nestle, Nirmala Thurai berkata, keyakinan itu berdasarkan kejayaan yang diraih jenama itu apabila ia diiktiraf sebagai produk bijirin sarapan yang mendapat jualan tertinggi pada tahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa berusaha mengekalkan prestasi kecemerlangan produk Koko Krunch meliputi aspek yang luas seperti pemasaran, promosi dan jualan supaya lebih ramai akan membeli serta menikmati bijirin coklat itu.

“Kita kini giat menjalankan promosi yang diadakan sepanjang tahun khususnya ketika musim perayaan seperti Hari Raya Aidifitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan perayaan lain.

“Malah, selain menawarkan produk bijirin coklat, Koko Krunch turut tampil dengan pilihan rasa berbeza seperti bijirin coklat dan karamel serta bijirin coklat dan coklat putih yang sentiasa mendapat perhatian dalam peringkat lapisan masyarakat yang berbeza,” katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran Karnival Bola Keranjang Bijirin Sarapan Nestle Koko Krunch Bawah 12 Tahun 2016, semalam.

Karnival berkenaan adalah kerjasama antara Koko Krunch dengan Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran dengan sokongan Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia yang bakal menghimpunkan 1,200 pelajar sekolah daripada 100 sekolah di tiga lokasi berbeza.

Thurai berkata, selain sasaran untuk kekal sebagai produk paling laris di pasaran, Koko Krunch turut giat melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang fokus kepada kempen gaya hidup sihat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 6:38 AM