PROSES mendapatkan motif menerusi teknik blok.
PROSES mendapatkan motif menerusi teknik blok.
DAUN yang sudah direndam dikeringkan.
DAUN yang sudah direndam dikeringkan.
DAUN yang dipilih direndam dalam air terlebih dahulu.
DAUN yang dipilih direndam dalam air terlebih dahulu.
IMMAH bersama hasil seni batik tekapan eko.
IMMAH bersama hasil seni batik tekapan eko.
AHLI keluarga Immah mewarnakan batik blok.
AHLI keluarga Immah mewarnakan batik blok.
Hafiz Ithnin


SENTUHAN seni magis wanita berusia 54 tahun ini dalam menghasilkan karya batik berunsurkan kelestarian ternyata bukan sekadar memberi kepuasan peribadi, malah mendapat sambutan di pasaran.

Bagi Immah Pelmbang tidak menyangka ilmu yang ditimba daripada anak angkatnya dari negara seberang yang aktif dalam penghasilan batik tekapan eko memberi nafas baharu dalam karya seni batik yang diceburi sejak 2018.

Ketika penulis mengunjungi bengkel milik Immah di Kampung Tabanak di Lahad Datu, Sabah menerusi program lawatan media Tourism Malaysia Sabah baru-baru ini sememangnya menarik untuk melihat proses pembuatan batik tekapan eko itu.

Apatah lagi, penulis bersama delegasi media yang lain diberi kesempatan menghasilkan karya seni itu dan dinilai sendiri Immah dalam satu tugasan yang diberikan penganjur.

IMMAH bersama hasil seni batik tekapan eko.
IMMAH bersama hasil seni batik tekapan eko.

Di sebalik keseronokan menghasilkan karya yang berunsurkan kelestarian itu sebenarnya tersirat sebuah seni halus yang sukar untuk dizahirkan kerana helaian daun yang diketuk untuk mendapatkan corak aslinya perlu dilakukan dengan teliti.

Bersandarkan pengalaman penulis yang mencuba sendiri untuk mendapatkan corak daripada urat daun yang ditekap dan diketuk itu, bukan mudah kerana jika ketukan terlalu kuat, warna yang diserap atas tekstil yang sedikit mengembangkan dan tidak begitu halus hasil diinginkan.

Immah berkata, dia mula menceburi bidang pembuatan batik pada 2018. Ketika itu, penghasilan batik menerusi teknik blok, ikatan dan celupan menjadi pilihannya. Hasil daripada kerja seni itu adalah untuk membuat tudung dan pakaian.

"Pada 2019 saya mempelajari teknik tekapan eko. Ketika itu, anak angkat saya dari Indonesia memperkenalkan kepada saya mengenai teknik batik ini yang popular di negara mereka.

DAUN yang dipilih direndam dalam air terlebih dahulu.
DAUN yang dipilih direndam dalam air terlebih dahulu.

"Ia menggunakan seratus peratus bahan semula jadi, daripada mendapatkan corak, mewarnakan tekstil sehingga mematikan warnanya kita menggunakan bahan semula jadi," katanya.

Jelasnya, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia mengambil langkah membuka bengkel sendiri di depan rumahnya dan mula mempraktikkan seni batik tekapan eko bersama ahli keluarga.

"Modal awal saya ketika itu kira-kira RM20,000 untuk membeli pelbagai barangan keperluan seperti mesin dan alatan mewarna. Kini, syukur pulangan modal sudah pun diperoleh.

"Perkara paling utama dalam menghasilkan batik tekapan eko ini ialah kita perlu mempunyai imiginasi tersendiri dan bijak menyusun daun serta memilih daun untuk dijadikan motif atas kain yang diinginkan," katanya.

DAUN yang sudah direndam dikeringkan.
DAUN yang sudah direndam dikeringkan.

Menariknya mengenai batik tekapan eko ialah setiap karya yang dihasilkan berbeza kerana bahan asal yang digunakan iaitu daun semula jadi mempunyai warna yang sentiasa berubah dan bentuk unik setiap satunya.

"Disebabkan itu, apabila pelanggan membawa contoh untuk kami meniru satu hasil tekapan eko yang pernah dihasilkan sebelum ini, sukar untuk dilakukan kerana warna setiap daun itu berbeza," katanya.

Immah berkata, proses untuk menghasilkan batik tekapan eko juga mengambil masa agak lama iaitu kira-kira sebulan untuk disiapkan kerana ia perlu melalui pelbagai proses supaya warna asli yang membentuk motif atas kain itu tidak luntur.

"Selain itu, dari segi pemilihan daun juga tidak mudah kerana kita hanya mengambil tiga daun dari pucuk kerana ia mempunyai warna yang lebih baik berbanding daun yang lain.

PROSES mendapatkan motif menerusi teknik blok.
PROSES mendapatkan motif menerusi teknik blok.

"Tambah pula, untuk mendapatkan warna dominasi tekstil saya juga perlu bijak memilih bahan alam semula jadi seperti kulit kayu yang mampu mengeluarkan warna diinginkan selepas melalui proses rebusan," katanya.

Ditanya mengenai sambutan di pasaran, katanya, syukur motif batik tekapan eko mendapat sambutan memberangsangkan kerana ia mampu terjual paling sedikit 50 helai tudung sebulan.

"Dari segi harga untuk tudung bermula RM45 sehelai dan pakaian yang sudah siap dijahit pula saya jual pada bermula RM120 sehingga RM400 sepasang.

"Setakat ini saya bukan sekadar menjualnya di sekitar Sabah, tetapi sudah ke Semenanjung serta luar negara seperti Indonesia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2022 @ 7:01 AM