KURANGKAN aktiviti belian, utamakan keperluan berbanding kehendak selain buat kerja sampingan. - FOTO Google
KURANGKAN aktiviti belian, utamakan keperluan berbanding kehendak selain buat kerja sampingan. - FOTO Google
Muhamaad Razis Ismail


BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan peningkatan mendadak pelbagai barang keperluan asas di pasaran.

Situasi itu memberi kesan terhadap peningkatan kos sara hidup semakin meningkat dari hari ke hari.

Harga barang keperluan di pasaran yang meningkat ini memberi tekanan kepada masyarakat yang kebanyakannya masih terkesan berikutan terjejas sumber pendapatan akibat pandemik.

Terdapat beberapa panduan yang boleh dilakukan untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik sekali gus mengelakkan pembaziran.

1. Utamakan keperluan berbanding kehendak

  • Pengguna perlu bijak dalam menguruskan kewangan dengan mengutamakan keperluan berbanding kehendak. Keperluan asas seperti makanan, pakaian, kesihatan dan keselamatan adalah perkara yang perlu diutamakan.

  • Bagi pembelian yang sekadar memenuhi kehendak perlu ditangguhkan atau diabaikan terus supaya simpanan sedia ada mencukupi terutama apabila berada dalam keadaan kecemasan.

    2. Kurangkan aktiviti pembelian barangan secara dalam talian

  • Lazimnya banyak pengguna sekadar mahu melihat sahaja barang yang dijual di pelbagai platform dalam talian. Bagaimanapun ramai yang mudah tertarik membeli barang tidak diperlukan sehingga berlaku pembaziran.

  • Perlu diingat, apabila pembelian yang dibuat dalam talian secara berlebihan boleh mengakibatkan aliran tunai pengguna menjadi defisit sekali gus memberi kesan buruk kepada kewangan mereka.

    ELAKKAN terlalu leka membeli di platform dalam talian. - FOTO Google
    ELAKKAN terlalu leka membeli di platform dalam talian. - FOTO Google

    CATU penggunaan kad kredit. - FOTO Google
    CATU penggunaan kad kredit. - FOTO Google

    3. Ubah gaya perbelanjaan norma baharu

  • Masyarakat boleh mengubah gaya hidup dengan mengurangkan komitmen bulanan yang besar seperti kereta dan rumah kepada aset yang lebih murah.

  • Selain itu, kurangkan segala komitmen yang boleh dielakkan termasuk langganan televisyen berbayar, kad kredit dan sebagainya.

    4. Tambah pendapatan dengan pekerjaan secara sampingan

  • Dengan kemajuan teknologi, perniagaan boleh dijalankan di rumah tanpa memerlukan premis fizikal. Pengguna boleh memanfaatkan kemudahan teknologi dengan berniaga secara dalam talian.

  • Keuntungan yang diperoleh bukan sahaja dapat menambah pendapatan malah mengurangkan bebanan komitmen pada setiap bulan.

    5. Dapatkan nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

  • Mereka yang berdepan masalah menguruskan kewangan boleh menggunakan khidmat kaunseling untuk pengurusan kewangan di Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

  • AKPK boleh memberi khidmat nasihat profesional untuk penstrukturan semula kewangan pengguna supaya lebih seimbang.

  • Selain itu, pengguna boleh ke institusi kewangan untuk berbincang mengenai penstrukturan ataupun pembiayaan semula.
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Februari 2022 @ 6:41 AM