AMALKAN pemakanan sihat.
AMALKAN pemakanan sihat.
Muhamaad Razis Ismail


Pemakanan sihat perlu sentiasa diamalkan bukan sahaja untuk mendapatkan tubuh idaman, malah bagi menjamin kesihatan untuk jangka panjang.

Bagaimanapun, masih ramai yang memandang remeh perkara ini dengan mengambil apa sahaja makanan yang kena dengan selera tanpa menyedari risikonya.

Lebih menyedihkan, dalam kalangan kita masih ramai yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat dengan kurang bersenam.

Tabiat pemakanan tidak sihat ini boleh mengundang kepada peningkatan berat badan dan obesiti.

Jadi, tidak hairan dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, satu daripada dua orang dewasa di negara ini mengalami masalah berat badan atau obesiti.

Ada lima panduan yang boleh diamalkan dalam menjaga pemakanan dan menurunkan berat badan.

1. Pengurusan masa makan

Pastikan waktu makan sentiasa teratur dengan sentiasa mengambil tiga sajian utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam pada setiap hari.

Elakkan langkau setiap sajian utama untuk pastikan kita tidak mengambil makanan berlebihan.

2. Rancang menu makanan untuk tempoh seminggu

Buat jadual menu makanan yang ingin dimasak dan dimakan untuk memastikan makanan yang diambil sihat.

Selain itu, ia secara tidak langsung membantu menjimatkan masa dan kos pembelian bahan mentah.

3. Pastikan tiada makanan dan minuman tidak berkhasiat

Elakkan menyimpan makanan seperti keropok, coklat dan air berkarbonat yang mempunyai tinggi kalori, gula dan garam kerana kita sukar mengawal nafsu makan.

Gantikan makanan ini dengan snek sihat seperti kacang dan buah-buahan.

4. Amalkan konsep makan Pinggan Sihat Malaysia

Pastikan dalam pinggan terhadap makanan yang mempunyai khasiat ditetapkan dalam konsep Pinggan Sihat Malaysia iaitu suku-suku separuh.

Suku pinggan terhadap karbohidrat (nasi, roti, bijiran), suku lagi protein (ikan, ayam, daging dan kekacang) dan separuh dari pinggan itu adalah sayur-sayuran serta buah-buahan.

5. Kerap lakukan aktiviti fizikal

Sentiasa ambil peluang untuk melakukan senaman seperti banyak berjalan atau naik tangga untuk membakar kalori.

Jika sibuk bekerja, boleh manfaatkan waktu rehat untuk melakukan senaman ringan.

LAKUKAN senaman untuk bakar kalori.
LAKUKAN senaman untuk bakar kalori.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Oktober 2021 @ 6:31 AM