RAGAD Foundation dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
RAGAD Foundation dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Hafiz Ithnin


SEBUAH yayasan iaitu Ragad Foundation didaftarkan Toh Puan Datuk Patinggi Datuk Seri Utama Hajjah Raghad Kurdi Taib bagi menyalurkan sumbangan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sarawak khasnya.

Selain itu, ia bagi tujuan pembangunan pendidikan golongan luar bandar selain menjalin kerjasama dengan korporat dan kerajaan negeri dalam membangunkan infrastruktur di kawasan pedalaman supaya mereka lebih mudah mendapat akses seperti internet, air serta elektrik.

Justeru, beliau menderma sebanyak RM1 juta manakala Yang Di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pula menyalurkan sumbangan sebanyak RM300,000 ribu sebagai tanda sokongan di Demak Jaya, Kuching.

Toh Puan Raghad Kurdi Taib berkata, hasrat utama adalah untuk melihat anak-anak muda Sarawak berjaya dan berdaya saing seiring dengan perubahan zaman yang semakin moden dan canggih.

"Pendidikan dan ilmu adalah satu perkara yang penting dalam hidup, maka ia adalah hak setiap anak-anak Sarawak untuk menerima tanpa sebarang kesulitan dari mana-mana pihak atau keadaan," katanya.

Selain itu, beliau turut mengutarakan cadangan dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi mencapai objektif Ragad Foundation.

TOH Puan Raghad Kurdi Taib (kiri) menyantuni pelbagai lapisan masyarakat yang memerlukan.
TOH Puan Raghad Kurdi Taib (kiri) menyantuni pelbagai lapisan masyarakat yang memerlukan.

Sebelum ini, beliau giat aktif dan sering turun padang menyampaikan sumbangan peribadi dipelbagai lokasi dalam negeri Sarawak membabitkan a bantuan makanan dan sanitiser.

GOLONGAN kurang upaya turut diberi perhatian.
GOLONGAN kurang upaya turut diberi perhatian.

Program berkenaan membuka mata beliau masih banyak keperluan yang perlu disalurkan kepada rakyat terutamanya mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Justeru, sebuah organisasi harus diwujudkan bagi menguruskan dengan betul supaya maklumat berkenaan rakyat Sarawak yang terjejas sumber pendapatan mahupun dari segi kesihatan perlu diwujudkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Mei 2021 @ 6:30 AM