Toh Puan Raghad Kurdi Taib (tengah), isteri kepada bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud semasa memberi penghormatan terakhir kepada jenazah suaminya. FOTO BERNAMA
Toh Puan Raghad Kurdi Taib (tengah), isteri kepada bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud semasa memberi penghormatan terakhir kepada jenazah suaminya. FOTO BERNAMA
Adib Povera


Kuala Lumpur: Toh Puan Raghad Kurdi Taib meluahkan kesedihan atas pemergian suaminya, Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud.

Raghad, yang baru-baru ini menjadi tumpuan dalam kes berkaitan dengan situasi kesihatan Abdul Taib, menulis: "Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa pentingnya beliau (Abdul Taib) bagi saya."

"Semoga rohmu diberkati dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.. Al-Fatihah."

Abdul Taib, bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak dan bekas Ketua Menteri Sarawak menghembuskan nafas terakhir pada 4.40 pagi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Februari 2024 @ 1:46 PM