- Foto hiasan
- Foto hiasan
Mohd Roji Kawi


Kuching: Anak kedua Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib memfailkan saman terhadap ibu tirinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

Memetik laporan The Borneo Post, tindakan undang-undang itu difahamkan berkaitan pemindahan saham sebuah syarikat swasta kepada Raghad.

Difahamkan, sebutan kes itu akan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Alexander Siew, Isnin ini.

Menurut laporan itu lagi, Sulaiman menamakan Raghad dan seorang lagi sebagai defendan.

Sulaiman, 55, adalah Pengarah Urusan Kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB).

Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Samarahan menggantikan bapanya, Tun Abdul Taib Mahmud pada 2008 hingga 2013.

Beliau juga pernah menjawat Timbalan Menteri Pelancongan pada 2008 namun meletakkan jawatan setahun kemudian atas alasan peribadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2023 @ 9:33 AM