PERHIASAN diri wanita adalah penyeri penampilan.
PERHIASAN diri wanita adalah penyeri penampilan.
Nurul Husna Mahmud

WANITA dan barang perhiasan diri tidak dapat dipisahkan. Kebiasaannya setiap wanita memiliki lebih daripada satu koleksi aksesori dan pemakaiannya selari dengan perubahan baju atau majlis yang dihadiri.

Bagi cita rasa perhiasan setiap wanita adalah berbeza kerana aksesori boleh dipelbagaikan menerusi potongan rekaan atau material digunakan dalam pembuatannya.

Ada yang gemarkan potongan emas kuning dan juga emas putih bagi mereka bercita rasa moden.

Sementara di Barat pula, rata-rata wanita di sana mengagumi berlian yang berkilauan selain perhiasan dengan perincian batu permata pelbagai warna kerana ia lambang kemewahan.

Walau apa juga jenis perhiasan, selain 'tempatnya' cantik terletak pada tubuh wanita untuk diperaga atau digayakan, ia perlu diletakkan di tempat simpanan yang sewajarnya atas faktor nilai dan harga selain peranannya sebagai 'penyeri' wanita.

Justeru buat mereka yang memiliki terlalu banyak koleksi barang hiasan sehinggakan tidak cukup ruang di laci simpanan, berikut adalah tip mudah untuk hasilkan 'gerobok' simpan khas untuk aksesori kesayangan anda:

EMAS dan berlian adalah signifikan dalam perlambangan penyeri wanita.
EMAS dan berlian adalah signifikan dalam perlambangan penyeri wanita.

1. Paip industri

Batang paip industri boleh menjadi material kukuh untuk meletakkan atau menggantung puluhan aksesori terutama jenis berjuntai. Gunakan tapak untuk paip itu daripada bongkah kayu yang padu dan berat dengan skru struktur paip berkenaan di atasnya.

Reka bentuk boleh dipelbagaikan mengikut kesukaan dan cita rasa pembuatnya. Boleh rujuk cara membuatnya di YouTube atau laman blog DIY.

PAIP industri berwarna hitam lebih menonjol sebagai tempat pameran atau simpanan aksesori.
PAIP industri berwarna hitam lebih menonjol sebagai tempat pameran atau simpanan aksesori.

2. Ranting kayu

Bagi peminat aksesori dan pencinta alam, menggunakan tempat pamer atau simpan aksesori menggunakan ranting semula jadi dengan sedikit olesan 'tinner' dan benang disangkut pada dinding bilik boleh jadi idea yang menarik.

Biasanya ia akan jadi penghias meja konsol atau dinding lapang kepada sudut pameran aksesori yang unik. Proses penyediaan ringkas iaitu hanya membabitkan kerja kayu mudah bermula dengan kerja melincinkan ira kayu dengan kertas pasir sebelum dicat atau disyelek.

Kemudian gunakan benang guni atau tali tahan lasak diikat kdua-dua bahagian sebelum digantung pada dinding atau ruang di bilik.

NILAI eksenterik dan eksotik pada ruang penyimpanan aksesori menggunakan ranting.
NILAI eksenterik dan eksotik pada ruang penyimpanan aksesori menggunakan ranting.

3. Dulang jamu kek atau kuih bertingkat

Pelbagai material dan rekaan dulang jamu boleh dilihat dalam pasaran yang mana ia bertujuan memberi susunan dan paparan lebih baik untuk juadah pencuci mulut dalam sesuatu majlis.

Dalam ia mempamer hidangan, perkakas dapur ini juga boleh ditukarkan fungsi penggunaannya sebagai tempat menyimpan atau pameran aksesori.

Mempunyai rak bertingkat, ia boleh jadi kotak barang kemas yang unik dengan setiap tingkat boleh diletakkan aksesori yang berbeza.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Februari 2021 @ 6:32 AM