TAMPAK gaya lebih kontemporari sesuai dengan pemakai kini. FOTO Ihsan The Pappers Craft
TAMPAK gaya lebih kontemporari sesuai dengan pemakai kini. FOTO Ihsan The Pappers Craft
Nurul Husna Mahmud


TATKALA menggayakan busana tradisi kebarung atau kebaya pastinya tidak lengkap tanpa aksesori kerongsang berangkai atau bertingkat dikenali dokoh.

Dokoh adalah perhiasan sejak ratusan tahun yang diperbuat daripada logam ditempa berwarna seakan perak atau kuning keemasan.

Perinciannya juga pelbagai termasuk bermotifkan daun sukun, bulan sabit dan wau. Ia datangkan dalam rekaan tersusun dua mahupun tiga tingkat.

Malah, perhiasan ini turut mempunyai perincian batu permata seperti nilam, delima dan zamrud untuk menyerlahkan lagi potongan aksesori berkenaan.

Tidak dinafikan potongan dokoh juga boleh membezakan antara orang kebanyakan atau bangsawan sebaik digayakan bersama busana.

Bukan hanya dalam kalangan wanita, malah ada lelaki yang mengenakan dokoh tiga rangkai bagi menghiasi busana khususnya dalam majlis perkahwinan.

HAMPIR serupa tetapi lain potongannya. FOTO Ihsan The Pappers Craft
HAMPIR serupa tetapi lain potongannya. FOTO Ihsan The Pappers Craft

Peralihan motif tradisional turut dilihat apabila yang diberi nafas baru dengan potongan atau penggayaan lebih kontemporari.

Menurut pengasas butik aksesori atas talian The Pappers, Nor Akmar Azhar, peralihan gaya busana masa kini kepada potongan kebaya dan songket menyebabkan aksesori tradisi itu turut mendapat permintaan.

“Sejak 2015 sudah ada pelanggan bertanyakan mengenai dokoh untuk dipakai ketika musim perayaan atau perkahwinan dan dari situ saya lihat permintaan perhiasan itu berkembang sehingga hari ini.

“Sehingga hari ini menerusi Instagram, kami memiliki tidak kurang 30 rekaan ditampilkan baik dalam motif tradisi mahupun gaya lebih moden.

MENJADI penyeri busana keraian. FOTO Ihsan The Pappers Craft
MENJADI penyeri busana keraian. FOTO Ihsan The Pappers Craft

WARNA perak. FOTO Ihsan The Pappers Craft
WARNA perak. FOTO Ihsan The Pappers Craft

“Bagi motif tradisional biasanya membabitkan daun-daunan dan bunga kerawang sementara pilihan moden turut membariskan motif geometri tunggal mahupun berangkai atau rama-rama. Ia antara potongan yang mendapat permintaan pemakai generasi baru,” katanya.

Menyifatkan keistimewan perhiasan itu di matanya, Nor Akmar mengakui kehalusan seni pembuatannya selain falsafah terkandung dalam motif membuatkan dia jatuh cinta kepada aksesori itu.

“Saya selalu membawa dokoh ini setiap kali ke luar negara untuk dijadikan hadiah atau buah tangan dari Malaysia.

“Perhiasan ini ada permintaan tersendiri, malah pernah menghiasi pentas pertunjukan antarabangsa,” katanya.

Malah, Nor Akmar turun menyarankan dalam penggayaannya, anda seharusnya menyarungkan kombinasi aksesori lain seperti cucuk sanggul, tali pinggang dan barang kemas termasuk cincin dan gelang pada motif sama atau hampir serupa.

MOTIF bersama batu hiasan. FOTO Ihsan The Pappers Craft
MOTIF bersama batu hiasan. FOTO Ihsan The Pappers Craft

DOKOH seperti kalung besar dan tunggal. FOTO Ihsan The Pappers Craft
DOKOH seperti kalung besar dan tunggal. FOTO Ihsan The Pappers Craft

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2020 @ 6:31 AM