PAPAN permainan monopoli Harry Potter.
PAPAN permainan monopoli Harry Potter.
Nurul Husna Mahmud


MESKIPUN terdapat keterbatasan dari segi pergerakan, tidak bermakna anda dibelenggu kebosanan.

Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini, rasanya anda boleh merancang aktiviti termasuk mereka permainan papan unik untuk yang membabitkan seisi keluarga.

Dikongsikan tiga contoh permainan papan lakukan sendiri (DIY) yang digubah mengikut konsep atau format berlainan daripada kaedah konvensional:

1. Monopoli konsep ala Hogwarts

Seorang peminat permainan monopoli di United Kingdom mengambil inisiatif gabungkan perincian dalam siri popular Harry Potter sebagai format dalam permainan berkenaan.

Baik di papan mainan mahu pun perincian kecil iaitu model hartanah mengikut karakter bangunan dalam filem itu.

Selain mata wang digunakan turut dijelaskan secara terperinci dalam artikel DIY Harry Potter Monopoly.

2. Belajar cuci tangan dalam permainan dam

Belajar cara mencuci tangan boleh menjadi satu aktiviti menyeronokkan dan tidak kedengaran membosankan.

Itu dikongsi laman sesawang teachbesideme.com menerusi aktiviti permainan papan ‘Germ Busters’dihasilkan seakan-akan menyerupai format permainan dam ular.

Lengkap dengan grafik mudah difahami, permainan itu juga memiliki dadu dan tugasan tertentu berkaitan dengan informasi membasuh tangan. Selain masa terisi, ia boleh tambah pengetahuan dan kefahaman mengenai pentingnya amalan itu.

MENGGUNAKAN mata wang dalam filem berkenaan.
MENGGUNAKAN mata wang dalam filem berkenaan.

3. Permainan memori dengan imej donat

Asalnya permainan ini dicetuskan pemilik kedai atas talian Amy Moss untuk majlis santai bertemakan donut.

Ia direka sebagai permainan papan untuk ingatkan susunan donat. Untuk hasilkan sendiri lebih mudah adanya bantuan mesin pencetak dan komputer dalam membantu mendapat rekaan donut menarik dan ceria.

Sudah tentu ia mudah dan konsepnya membantu melatih memori selain sesuai untuk kanak-kanak.

TERDAPAT imej dan tugasan dalam peraturan permainan.
TERDAPAT imej dan tugasan dalam peraturan permainan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2020 @ 6:15 AM