NOSTALGIA pelita buluh antara produk sentiasa ditampilkan dalam aksesori dekorasi raya. FOTO Saifullizan Tamadi
NOSTALGIA pelita buluh antara produk sentiasa ditampilkan dalam aksesori dekorasi raya. FOTO Saifullizan Tamadi
Nurul Husna Mahmud


TANGGAPAN orang setiap kali Aidilfitri, perlu tukar serba-serbi baru supaya ruang dalam kediaman lebih ceria dan segar.

Seperti mana baju raya saban tahun ditukar ganti, barangan kelengkapan rumah seperti perabot, cat dan perkakas dapur juga ada kalanya berwajah baru bagi memeriahkan suasana Aidilfitri.

Sebenarnya dalam konsep tatahias ruang kediaman, perubahan kecil juga boleh memberi impak besar termasuklah mengubah 'mood' dan suasana dalam kediaman mengikut konsep diinginkan pemiliknya.

Penggunaan aksesori dan kreativiti menyerlahkan keunikan tersendiri menerusi kerja-kerja dekorasi.

Bagi mendapatkan aksesori dan barangan untuk menata rias kediaman, kelaziman individu adalah mengunjungi pusat kelengkapan rumah berpadanan dengan bajet masing-masing.

Paling sinonim adalah MR DIY, yang menawarkan pelbagai barangan terutama aksesori yang dapat membantu menyerikan kediaman anda.

Menurut Ketua Jabatan Pemasaran Kumpulan MR DIY (M) Bhd, Alex Goh, sejak kedai pertama dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) Kuala Lumpur pada tahun 2005, pihaknya sentiasa menjadi pusat sehenti kepada kepada peminat dekorasi tempatan.

MENAMPILKAN rekaan dan produk perkakasan rumah yang terbaru dalam Kempen Raya Serba Baharu. FOTO Saifullizan Tamadi
MENAMPILKAN rekaan dan produk perkakasan rumah yang terbaru dalam Kempen Raya Serba Baharu. FOTO Saifullizan Tamadi

"MR DIY cukup dikenali sebagai tempat sering dikunjungi rakyat Malaysia bagi mendapatkan pelbagai barangan untuk kerja-kerja mengubah suai atau menata hias kediaman mereka.

"Di bawah kumpulan (MR DIY Group [M] Berhad), kini populariti MR DIY sudah berkembang menjadi 1,090 cawangan apabila berkembang daripada perniagaan kelengkapan rumah termasuklah barangan atau peralatan dekorasi rumah kepada barangan keperluan seisi rumah (termasuk permainan serta produk makanan dan minuman (F&B)," katanya.

Menariknya, pusat sehenti kelengkapan rumah itu kekal relevan dalam penawaran produk atau aksesori barangan keperluan dalam menata rias kediaman.

Kata Alex, pihaknya sentiasa komited dengan penawaran produk kelengkapan rumah terutama menjelang musim perayaan.

"Setiap tahun ada sahaja produk terbaharu ditawarkan dalam kempen perayaan MR DIY. Tahun ini, kami tampil dengan kempen Raya Serba Baharu yang sudah berlangsung sejak 15 Mac lalu dan bakal berakhir 30 April ini.

HIASAN dinding raya menambah kehangatan sambutan Hari Raya. FOTO Saifullizan Tamadi
HIASAN dinding raya menambah kehangatan sambutan Hari Raya. FOTO Saifullizan Tamadi

"MR DIY menawarkan seleksi istimewa membabitkan 140 barangan di cawangan terpilih dalam membantu pelanggan setia kami membuat persiapan raya.

"Antara yang menggamit 'kaki' deko ialah pelita raya, lampu kelip, hiasan dinding dan perkakas dapur," katanya.

Tidak dinafikan pilihan lampu kelip LED antara aksesori dekorasi kegemaran ramai. Malah suatu yang menarik dalam pilihan lampu hiasan itu apabila tampil dengan reka bentuk atau bermotifkan ketupat yang sinonim dengan 'mood' hari raya.

Tidak hanya itu, produk aksesori nostalgia seperti pelita buluh menjadi antara aksesori yang boleh dibeli di kedai terbabit.

Sesuai dengan kempen Raya Serba Baharu, rekaan pelita buluh tampil dalam versi berwarna sesuai sebagai dekorasi laman atau 'prop' di sudut tertentu dalam ruang rumah.

Kata Alex, meskipun kebanyakan aksesori dekorasi ditawarkan pada harga berpatutan, pihaknya tidak berkompromi dengan kualiti setiap barangan.

"Satu kelebihan mengenai produk atau aksesori barangan keperluan rumah dipasarkan di MR DIY adalah misi penawaran harga berpatutan untuk setiap barangan di setiap kedai kami.

"Boleh dikatakan dengan lebih 18,000 barangan membabitkan lima kategori utama iaitu barangan 'hardware,' perkakas rumah dan perabot, barangan elektrik, alat tulis dan produk peralatan sukan serta lain-lain dibeli secara pukal dari pengeluar agar dapat 'kembali' kepada pengguna dengan harga mampu milik.

"Kami juga mengamalkan pendekatan mesra pengguna yang mana maklum balas daripada pelanggan menjadi keutamaan baik rujukan dan data. Ini memastikan setiap barangan yang diperlukan pelanggan dapat dipenuhi," katanya.

ALEX
ALEX

Sebagai contoh perkakas dapur juga antara item penting ketika musim perayaan. Trend baik motif, rekaan dan bentuk bagi produk yang kerap mendapat permintaan setiap kali musim perayaan diberi nilai tambah baik.

Antaranya balang kuih raya, set jag bersama gelas selain koleksi pinggan mangkuk plastik sentiasa tampil dengan rekaan 'segar' bagi menyuntik keceriaan di meja makan.

Terdapat empat format kedai yang turut menjadi jenama di bawah kumpulan MR DIY iaitu kedai skala kecil yang mudah diakses di kejiranan, MR DIY Express, kedai rangkaian permainan berkualiti, MR. TOY, kedai barangan keperluan harian meliputi produk F & B), MR DOLLAR dan MR DIY PLUS (gabungan tiga jenama terbabit).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 April 2023 @ 7:01 AM