BAHAN yang diperlukan. FOTO Roslin Mat Tahir
BAHAN yang diperlukan. FOTO Roslin Mat Tahir
Aida Adilah Mat


APABILA disebut sushi pasti fikiran akan terus melayang ke Jepun. Apa tidaknya ia adalah makanan Jepun yang dibuat menggunakan beras khas digulung dengan rumpai laut kering.

Di Malaysia, sushi mempunyai peminatnya tersendiri. Ditambah dengan pelbagai bahan pelengkap pasti sesuai dengan tekak rakyat negara ini.

Mungkin anda tidak tahu, dua cef terkemuka negara dianugerahkan gelaran juara Piala Dunia Sushi dua tahun berturut-turut.

Mereka ialah Sky Tai Koon Siang yang muncul juara pada 2018 manakala dominasi penguasaan cef negara dalam pembuatan sushi ini diteruskan oleh Leon Yap Wee Leong yang dinobatkan juara Piala Dunia Sushi 2019 di Tokyo pada Ogos lalu.

Bagi Koon Siang yang berpengalaman selama 16 tahun dalam pembuatan sushi, setiap tahun dia belajar sesuatu yang baharu dalam pembuatan sushi biarpun ia nampak mudah.

Katanya, untuk menjadikan sushi itu sedap, ia perlu menggunakan beras khas kerana kandungan air dalam beras berkenaan akan membuatkan ia melekat.

“Saya suka sushi kerana ia makanan yang istimewa dan lengkap dalam satu sajian.

SKY Tai Koon Siang. FOTO Roslin Mat Tahir
SKY Tai Koon Siang. FOTO Roslin Mat Tahir

“Setiap hari saya akan belajar sesuatu yang baharu mengenai sushi. Paling seronok, saya belajar pelbagai skil untuk menghasilkan sushi terbaik.

“Untuk membuat sushi ini memerlukan kesabaran agar sentuhan terakhirnya nampak cantik dan menarik,” katanya.

Ditanya bagaimana meminati pembuatan sushi, Koon Siang berkata, semuanya bermula dari drama bersiri Jepun yang ditontonnya ketika remaja dulu.

Katanya, untuk mereka yang ingin belajar membuat sushi tidak perlu risau kerana ia tidaklah sukar cuma perlukan kesabaran dan ketelitian agar sushi yang digulung itu terbentuk sempurna.

“Bagi mereka yang ingin belajar cara membuat sushi anda memerlukan kepingan rumpai laut kering, cuka, wasabi dan apa saja bahan pelengkap lain.

“Sapukan cuka di tangan anda sebelum mengambil nasi agar ia tidak melekat. Ambil nasi pada kadar yang sesuai dan gumpal menjadi bentuk bujur.

“Kemudian balut menggunakan rumpai laut kering dan letakkan tuna atau apa saja bahan pelengkap di atas nasi berkenaan,” katanya.

Wee Leong pula berkata, biarpun nampak mudah, anda perlu membuatnya dengan berhati-hati agar nasi yang digunakan itu tidak terlerai.

Bahan:

• Nasi sushi

• Rumpai laut kering

• Cuka makan

• Tuna

• Wasabi

Cara membuatnya:

1. Letakkan cuka di atas tapak tangan. Ambil nasi dan gumpal mengikut besar yang anda inginkan. FOTO Roslin Mat Tahir
1. Letakkan cuka di atas tapak tangan. Ambil nasi dan gumpal mengikut besar yang anda inginkan. FOTO Roslin Mat Tahir

2. Selepas nasi terbentuk, balut menggunakan rumpai laut kering. FOTO Roslin Mat Tahir
2. Selepas nasi terbentuk, balut menggunakan rumpai laut kering. FOTO Roslin Mat Tahir

3. Letakkan tuna di atas nasi yang sudah dibalut itu. FOTO Roslin Mat Tahir
3. Letakkan tuna di atas nasi yang sudah dibalut itu. FOTO Roslin Mat Tahir

4. Untuk memastikan rumpai laut itu melekat, letakkan cuka di hujung rumpai laut berkenaan. FOTO Roslin Mat Tahir
4. Untuk memastikan rumpai laut itu melekat, letakkan cuka di hujung rumpai laut berkenaan. FOTO Roslin Mat Tahir

Tip membuat sushi:

• Gunakan beras khas untuk membuat sushi.

• Bagi memastikan sushi sedap, disarankan menggunakan timun Jepun kerana kurang berair berbanding timun biasa.

• Cuka pula penting untuk elakkan nasi cepat basi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 January 2020 @ 4:45 AM