KEK cawan yang sudah dihias.
KEK cawan yang sudah dihias.
Siti Nadirah Hafidzin


HUJUNG minggu sinonim sebagai hari untuk keluarga, si ibu dan ayah tidak bekerja manakala anak-anak juga tidak bersekolah.

Kesempatan itu biasanya digunakan untuk menggembirakan anak-anak sama ada keluar bersiar-siar atau sekadar melakukan aktiviti riadah di rumah.

Apabila menyentuh mengenai aktiviti di rumah, tidak salah sekiranya mengajak anak-anak untuk belajar sesuatu di dapur.

Tidak semestinya anak perempuan, anak lelaki juga tidak terkecuali boleh berseronok melakukan aktiviti di dapur yang bukan hanya tertumpu kepada memasak semata-mata.

LUBANGKAN bahagian tengah kek cawan.
LUBANGKAN bahagian tengah kek cawan.

MASUKKAN sos karamel ke dalam lubang kek.
MASUKKAN sos karamel ke dalam lubang kek.

Apa kata hujung minggu pertama tahun baru ini dimulakan dengan aktiviti menghias kek cawan ringkas yang boleh disiapkan dalam tempoh singkat dan dengan cara yang sangat mudah.

Berkongsi langkah demi langkah melakukan hiasan kek cawan, pengusaha Pastryfeel, Raja Mariah Jameelah Raja Badri berkata, aktiviti menghias kek cawan sangat mudah dan menyeronokkan.

“Kanak-kanak tentu teruja melakukannya, apatah lagi apabila menggunakan coklat cair yang kemudian dimasukkan dalam kek cawan sebelum menghias bahagian atas kek mengikut kreativiti dan cita rasa masing-masing.

 TAMBAH krim keju di bahagian atas sos karamel.
TAMBAH krim keju di bahagian atas sos karamel.

CELUP kek cawan ke dalam sos coklat.
CELUP kek cawan ke dalam sos coklat.

“Tidak kisah untuk menggunakan apa saja perisa pada bahagian hiasan sama ada coklat, vanila atau perisa lain asalkan ia kegemaran anak anda,” katanya.

Menurutnya, ajar anak untuk menggunakan beg paiping supaya hasil hiasan yang terhasil tampak kemas dan cantik.

“Namun jangan pula memaksa atau mengajar dengan terlalu serius, berikan kebebasan kepada mereka untuk menghasilkan hiasan sendiri mengikut kreativiti sendiri, apa yang penting beri tunjuk ajar dan contoh.

BIARKAN atau sejukkan seketika untuk pastikan semua jenis krim yang diletakkan tidak meleleh.
BIARKAN atau sejukkan seketika untuk pastikan semua jenis krim yang diletakkan tidak meleleh.

“Aktiviti menghias kek ini mampu memberikan keseronokan kepada anak-anak. Sekiranya anda tidak sempat untuk menyediakan kek cawan sendiri, boleh beli saja kek cawan sedia ada di pusat beli-belah atau kedai kek,” katanya.

Raja Mariah Jameelah menunjukkan langkah demi langkah melakukan hiasan kek cawan yang sesuai dilakukan kanak-kanak juga seisi keluarga.

BAHAN-bahan yang diperlukan.
BAHAN-bahan yang diperlukan.

BAHAN DIPERLUKAN UNTUK MENYEDIAKAN KRIM HIASAN:

l Kek cawan

l Krim keju

l Gula aising, esen vanila dan krim tenusu yang dicampurkan dan dipanaskan diatasapi perlahan untuk membuat sos karamel

l Sos coklat atau coklat yang dicairkan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 January 2020 @ 6:01 AM