REKAAN barangan kemas menarik terbaharu daripada Pandora.
REKAAN barangan kemas menarik terbaharu daripada Pandora.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

BARANGAN kemas antara simbol untuk menyerlahkan personaliti yang sebenar.

Ia bukan sahaja mampu mengubah gaya penampilan malah turut menterjemahkan sisi peribadi seseorang.

Menyedari kepentingan itu, jenama barangan kemas terkenal dari Denmark, Pandora menampilkan selebriti popular, Millie Bobby Brown sebagai pereka bersama untuk koleksi terbaharu Pandora Me yang sudah pun berada di pasaran.

Projek itu adalah usaha sama kali pertama jenama berkenaan dengan pelakon yang juga aktivis terbabit.

Berbeza dengan rekaan sebelumnya, koleksi kali ini lebih kepada meraikan ekspresi diri untuk memilih gaya masing-masing.

Antara yang ditampilkan dalam koleksi berkenaan adalah rantai tangan, kerongsang, rantai leher dan subang unik.

CHARM unik berbentuk bintang.
CHARM unik berbentuk bintang.

MY Pink Spacer Charm untuk si dia.
MY Pink Spacer Charm untuk si dia.

Penggemar setia juga boleh mendapatkan empat rekaan charm iaitu berbentuk buah nanas, burung bangau, bintang (tapak sulaiman) dan ombak laut menarik yang juga direka bersama oleh Millie.

Mengulas mengenai kerjasama itu, Millie berkata, semua simbol yang dipilih adalah menggambarkan bahagian kegemarannya ketika musim panas dan setiap charm itu misalnya turut mempunyai memori indah serta makna tersendiri buat dirinya.

"Saya cukup teruja dipilih menjadi duta Pandora Me memandangkan sudah menggemari jenama ini sejak remaja.

"Ia umpama mimpi menjadi kenyataan apabila berpeluang bekerjasama dengan jenama yang mengutamakan ekspresi diri menerusi gaya ini.

"Berhentilah dari memikirkan orang lain dan tumpukan kepada gaya anda sendiri," katanya.

Sementara itu, koleksi terbabit turut menampilkan Spacer Charm rona merah jambu menawan.

Kelebihan Spacer Charm ini, ia juga boleh digayakan di rantai tangan, kerongsang mahu pun subang.

MILLIE pereka bersama untuk koleksi berkenaan.
MILLIE pereka bersama untuk koleksi berkenaan.

RANTAI tangan unik untuk wanita yang mahu tampil penuh ekspresi.
RANTAI tangan unik untuk wanita yang mahu tampil penuh ekspresi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 7:00 AM