TAMPIL menarik untuk acara formal mahupun kasual.
TAMPIL menarik untuk acara formal mahupun kasual.
Yusliza Yakimir Abd Talib


MENGGAYAKAN kimono bukan lagi dianggap asing sebaliknya busana yang asalnya pakaian tradisional masyarakat Jepun kini dinaiktaraf gayanya dengan penampilan lebih santai.

Kimono tradisi biasanya berbentuk T, jubah bergaris lurus yang labuh ke pergelangan kaki, berserta kolar dan lengan baju panjang dilengkapi pengikat pinggang.

Seiring peredaran zaman, pemakaian ala kimono bukan saja disuntik elemen moden bahkan kini diminati seluruh pelosok dunia dengan penggayaan berbeza-beza mengikut kreativiti perekanya.

Jika kena caranya, kimono mampu mengubah elemen biasa kepada ekstravaganza yang menyerlahkan penampilan terutama jika anda seorang yang gemarkan keunikan dan gaya luar biasa.

Pereka fesyen dan pengasas label pakaian Nawre, Nik Erwan Nik Roseli tampil dengan rekaan kimono moden yang sesuai untuk wanita dan lelaki.

Menariknya, kimono rekaannya boleh digayakan dengan enam cara seolah-olah membeli enam helai baju berbeza.

Katanya, ia sebagai pengganti kardigan atau jaket yang mudah disuai padan sama ada dengan seluar mahupun skirt. Meskipun ia dikategori busana kasual, tapi dengan padanan yang betul sesuai digayakan untuk majlis formal.

d Azmin dan Mas Ermieyati menikmati makan tengah hari dengan anggota komuniti di Kampung Pengkalan Balak, Masjid Tanah.
d Azmin dan Mas Ermieyati menikmati makan tengah hari dengan anggota komuniti di Kampung Pengkalan Balak, Masjid Tanah.

“Istimewanya, rekaan ini bersifat uniseks dan sesuai dijadikan pakaian harian sama ada untuk ke acara kasual mahupun majlis formal.

“Saya gemarkan pakaian yang mudah disuai padan. Maka tercetuslah idea untuk menghasilkan rekaan ini yang mengambil inspirasi daripada pakaian tradisional Jepun,” katanya.

Kimono ini direka khas mengikut kesesuaian dua jantina sama ada dari segi warna, panjang lengan, labuh baju atau saiz yang diambil kira untuk membolehkannya digayakan tanpa terasa janggal.

Didatangkan dengan tali di bahagian pinggang yang memudahkan si pemakai mengubahsuai tahap kelonggaran dan keselesaan kimono mengikut saiz badan masing-masing.

Uniknya, ia juga sesuai digayakan oleh wanita bertudung. Usah risau soal aurat kerana potongan kimono ini lebar dan boleh digayakan sebagai padanan longgar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Oktober 2019 @ 5:40 AM