LOKASI yang membangun dan matang sentiasa menjadi pilihan.
LOKASI yang membangun dan matang sentiasa menjadi pilihan.
Hartini Mohd Nawi


KEDIAMAN selesa, cantik dan mampu milik, antara kriteria menjadi kayu ukuran dalam pemilihan sesebuah kediaman.

Namun, lokasi turut memainkan peranan penting. Ada yang memilih kediaman berdekatan tempat kerja, sekolah dan segala kemudahan harian.

Kenting Development Sdn Bhd (KDSB) sangat memahami dan menitik berat keperluan pembeli rumah terutama dari sudut harga semasa dan lokasi.

Ia selari dengan slogan syarikat berkenaan iaitu 'Affordable Stylish Comfortable Homes.'

Antara lain, KDSB akan memastikan pemilik rumah menerima kunci dalam jangka masa dijanjikan dan ia menjadi antara kelebihan KDSB.

KDSB juga akan memberikan segala yang terbaik termasuk kualiti dalam pembangunan kediaman.

Rata rata projek perumahan dibangunkan di sekitar Lembah Klang bagi memudahkan akses kepada pembeli.

Kekuatan KDSB pastinya terletak pada harga jualan rumah yang mana syarikat itu akan memastikan harga dalam lingkungan mampu milik dan wajar untuk pembeli.

Antara kawasan pembangunan perumahan KDSB ialah Shah Alam, Telok Panglima Garang, Salak

Tinggi, Kuala Selangor, Jenjarom dan Dengkil, Selangor.

Tumpuan pastinya Shah Alam di mana syarikat itu secara khususnya membangunkan perumahan di sekitar Seksyen 30, Shah Alam serta menawarkan rumah teres dua tingkat dengan harga mampu milik.

Manakala buat pembeli yang bercadang memiliki kediaman di sekitar Dengkil atau

Jenderam pula, KDSB membangunkan Taman Semarang Intan dengan menawarkan rumah teres dua tingkat dengan empat bilik.

Buat pembeli rumah yang sedang mencari jenis kediaman teres satu tingkat, KDSB turut menawarkan unit ini dengan harga berpatutan di sekitar Klang, Selangor.

Malah, syarikat berkenaan sentiasa memastikan susun atur dan juga fasad kediaman sangat selesa, moden dan dengan ruang yang mencukupi.

Konsep ruang terbuka sentiasa menjadi pilihan kerana syarikat kerana percaya ia mampu memberi keselesaan maksimum.

Kediaman disediakan sempurna sehingga empat bilik tidur, 3 bilik air dan dilengkapi ruang parkir yang boleh menempatkan dua kenderaan.

Terkini, KDSB tampil dengan beberapa projek perumahan baharu khas buat pembeli di Lembah Klang.

Selain menawarkan kediaman sempurna dengan harga mampu milik, KDSB turut menyediakan pakej

istimewa untuk pengubahsuaian khas buat pembelinya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Oktober 2023 @ 7:00 AM