KESEIMBANGAN antara kehijauan dan pembangunan turut perlu dilaksanakan pemaju.
KESEIMBANGAN antara kehijauan dan pembangunan turut perlu dilaksanakan pemaju.
Hafiz Ithnin


Lagenda Properties (Lagenda) melaporkan kemampuan maksimum B40 di Malaysia adalah pada harga RM230,000, manakala harga purata sesebuah rumah adalah lebih daripada RM380,000, menunjukkan ketidakpadanan harga yang besar antara kemampuan dan harga rumah bagi kumpulan B40.

Penemuan itu disokong Jabatan Perumahan Negara yang melaporkan bahawa hanya satu daripada lima rumah yang diluluskan untukpembinaan dalam masa lima tahun berharga kurang daripada RM300,000 iaitu harga siling yang ditetapkan kerajaan bagi rumah mampu milik.

Perbezaan dalam kos perumahan dan pendapatan ini didorong pemaju yang tidak dapat menyerap margin yang susut disebabkan kos pembangunan meningkat, tanah dan pematuhan ketika inflasi serta kekurangan tenaga buruh.

Sebagai langkah mitigasi, Lagenda memperbaiki kecekapan dan produktiviti segmen pembinaannya dengan bantuan teknologi seperti sistem binaan berindustri (IBS) untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh serta pembinaan dalam sumber dan bahan untuk meningkatkan kos kecekapan dalam pembinaan.

Lagenda turut menggunakan keupayaannya yang diperluas dalam strategi perniagaan pembinaan dan pemerolehan tanah, mempelbagaikan bank tanahnya untuk mengekalkan alas yang betul dalam pasaran, selanjutnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dalam industri, semuanya bertujuan untuk menyokong perkembangan sosio ekonomi negara.

GAYA hidup yang baik antara menjadi keutamaan dalam pemilikan kediaman.
GAYA hidup yang baik antara menjadi keutamaan dalam pemilikan kediaman.

Memandangkan kedua-dua sektor awam dan swasta bertungkus-lumus untuk menyediakan akses segera bagi perkembangan yang mampan, boleh didiami dan mudah diakses pada harga mampu milik.

Lagenda Properties juga ingin menjadi teladan kepada sektor swasta dalam kerjasama dengan kerajaan. Kerjasama itu bertujuan untuk merapatkan jurang antara dua sektor dan membuat penyelesaian dalam menyediakan perumahan kepada individu dan keluarga yang memerlukan sementara masih menawarkan rumah yang direka bentuk dengan baik dan tersendiri.

Pengarah Urusan Lagenda Properties, Jimmy Doh berkata, ketika ini pihaknya meneroka kerjasama dengan beberapa syarikat milikan kerajaan bagi mengambil bahagian dalam pembekalan rumah persendirian mampu milik.

"Sebagai contoh, usahasama terbaru kami dengan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) akan membenarkan kami untuk membangunkan tanah kerajaan negeri yang tidak digunakan dan menjadikannya sebagai sebuah perbandaran.

"Di Lagenda, visi kami adalah bagi setiap rakyat Malaysia memiliki rumah. Ke arah matlamat selain menyokong kempen perumahan mampu milik oleh pihak kerajaan, kami memahami bahawa prinsip teras operasi kami mestilah sejajar dengan tanggungjawab sosial. Kami sesungguhnya percaya dalam memperkasakan setiap keluarga Malaysia untuk memiliki rumah tidak mengira tahap pendapatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2022 @ 6:16 AM