Kerajaan sudah mengambil tiga langkah penting bagi meningkatkan penawaran rumah dalam pasaran, mengekang aktiviti spekulasi dalam pasaran harta tanah serta memberi kemudahan pembiayaan bagi mengawal kenaikan harga rumah.

Dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, dalam langkah pertama iaitu meningkatkan penawaran rumah dalam pasaran, strategi dijalankan ialah melalui program pembinaan satu juta rumah mampu milik.

“Ia dilaksanakan agensi kerajaan seperti Jabatan Perumahan Negara (JPN), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), kerajaan negeri serta pemaju perumahan swasta.

“Pembinaan rumah ini secara tidak langsung memberi tekanan kepada pemaju untuk membina rumah mampu milik,” katanya, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Jun 2015 @ 9:27 AM